SATU kejadian tanah runtuh berlaku di jalan utama Kampung Raja berhampiran simpang Blue Valley dekat Cameron Highlands, pada awal pagi Isnin.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut berpunca daripada hujan lebat yang berterusan sejak petang Ahad.
Maklumat berkaitan tanah runtuh itu diterima pada pukul 3.15 pagi, dengan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan ke lokasi untuk memantau serta menilai situasi, selain menyediakan tenaga kerja tambahan.
BACA LAGI: Jalan Cameron Highlands terjejas akibat tanah runtuh dibuka semula
BACA LAGI: Pengasas FashionValet disoal siasat SPRM masuk hari ke-6
APM dikerahkan ke lokasi untuk memantau serta menilai situasi tanah runtuh di Cameron Highlands. — APM
"Jalan utama dari Simpang Pulai-Lojing ke Cameron Highlands kini tertutup di kedua-dua arah," katanya pada Isnin.
Bagi pengguna jalan raya, laluan alternatif tersedia melalui jalan Sungai Koyan di Lipis dan jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.
"Usaha pembersihan runtuhan sedang giat dijalankan dan kejadian ini tidak melibatkan mangsa mahupun rumah penduduk," tambah kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram