SERAMAI lima individu termasuk tiga wanita cedera selepas diserang seorang lelaki dengan menggunakan objek tajam dalam kejadian di sebuah restoran di Batu 3, Sandakan, Sabah pukul 9 pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, lelaki berusia 29 tahun yang bersenjatakan parang dan tukul itu mengamuk dan mencederakan lima individu yang berada di restoran tersebut.
Abdul Fuad berkata, kesemua mangsa berusiua lingkungan 34 hingga 63 tahun sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk rawatan lanjut.
BACA LAGI: Spekulasi kematian Yap Xin Yuan kerana terlebih dos dadah: Polis tunggu laporan toksilogi
BACA LAGI: Ditemukan mati di sungai, polis sahkan mayat reput di Banting milik Yap Xin Yuan
Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek datang ke kedai makan tersebut dan tiba-tiba menyerang mangsa yang berada di dalam restoran tersebut.
"Sejurus menerima panggilan, pasukan peronda segera ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek lalu menenangkan keadaan.
"Susulan kejadian itu kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dan kini dalam keadaan stabil.
"Suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan turut dibawa ke balai polis untuk siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kejadian tersebut juga sempat dirakam oleh beberapa orang awam dan tular di media sosial.
Dalam video itu, kelihatan beberapa mangsa yang sedang dirawat di dalam restoran terbabit sebelum dihantar ke hospital. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram