HWAJING Travel & Tours telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'Pelabuhan Kapal Persiaran Antarabangsa Bercarter Pertama di Malaysia'.
Anugerah berprestij itu disampaikan di atas kapal Costa Serena, yang belayar tiga hari dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang pada Disember.
Pengarah Urusan Syarikat Hwajing Travel and Tours, Kenny Cheong menerima anugerah itu daripada Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin.
“Pencapaian itu menandakan satu kejayaan yang membanggakan bagi industri pelancongan pelayaran Malaysia serta ia mencerminkan komitmen kami dalam menawarkan pengalaman percutian bertaraf dunia," ujar Kenny.
“Kami memuji aspirasi Hwajing Travel & Tours selaku pelabuhan pelayaran kapal persiaran antarabangsa bercarter pertama di Malaysia.
"Ia bukan sahaja menjadi hab pelayaran serantau, tetapi juga memacu pertumbuhan ekonomi dan mempromosikan keindahan negara kita kepada dunia,” kata Yeoh.
Kenny berkata, pencapaian itu merupakan detik yang membanggakan bagi syarikat dan industri pelancongan Malaysia secara keseluruhannya.
“Ia menekankan dedikasi kami untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.
“Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan rakan kongsi kami atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan matlamat ini.
“Costa Serena hanyalah permulaan perjalanan kami untuk memperkenalkan rakyat Malaysia kepada keseronokan pelancongan kapal persiaran sambil mempamerkan keindahan dan kepelbagaian negara kepada pengembara global,” tambahnya.
Musim pertama laluan pelayaran kapal persiaran Itali, Costa Serena pada awal tahun 2024 juga merancakkan perniagaan tempatan di Pelabuhan Klang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram