Lif uzur diganti secara berperingkat lepas sebulan kes 'overshoot' di PA Desa Rejang


  • Primer
  • Selasa, 31 Dis 2024

Tangkap layar daripada kemalangan lif terhempas di PA Desa Rejang yang tidak meragut sebarang nyawa pada awal Disember lepas.

BERIKUTAN satu kes tular berhubung lif terhempas di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Kuala Lumpur pada awal Disember, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan membuat pemeriksaan untuk kelulusan Permit Mesin Angkut (PMA) terhadap satu unit lif di perumahan berkenaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, perkara itu akan dibuat selepas prapemeriksaan dilaksanakan dan tertakluk kepada kelulusan Permit To Install (PTI) lif berkenaan.

"Berikutan kejadian lif overshoot (bergerak melebihi had) yang berlaku baru-baru ini, JKKP sudah membuat pemeriksaan di tapak pada 18 Disember lalu dan mengarahkan dua unit lif di Blok D ditutup dan satu unit lif dalam pelaksanaan penggantian.

BACA LAGI: [VIDEO] Baru elok dibaiki kurang seminggu, lif PA Desa Rejang rosak jatuh dari tingkat 9

BACA LAGI: [VIDEO] Pengantin baharu antara 7 maut, lif sekolah tiba-tiba terhempas dari tingkat 5

WhatsApp Image 2024-12-31 at 2.33.57 PM

Maimunah Mohd Shariff sudah mengadakan mesyuarat bersama JKKP dan kontraktor yang ditugaskan.

"Situasi ini menyebabkan Blok D tidak mempunyai lif untuk kegunaan penduduk sehingga ke tarikh ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, pada 19 Disember lalu, Datuk Bandar KL, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff ke lokasi kejadian bagi meninjau serta bertemu penduduk yang terkesan, seterusnya berusaha mempercepatkan proses pemeriksaan untuk kelulusan lif tersebut.

Malah, pada Isnin, beliau sudah mempengerusikan satu mesyuarat bersama Pengarah JKKP, Mohd Hatta Zakaria serta kontraktor yang bertanggungjawab menggantikan lif di kawasan perumahan itu.

"Beberapa maklumat diperoleh dari mesyuarat ini antaranya kontraktor sudah melengkapkan dan menghantar permohonan bagi pemeriksaan satu unit lif di Blok D kepada pihak JKKP pada 30 Disember 2024 dan akan melakukan prapemeriksaan oleh Orang Yang Kompeten (Competent Person).

468206468_538103315872411_4611737787390800095_n

Masalah lif membawa kesukaran terhadap penduduk di PA Desa Rejang.

"Pihak JKKP dijangka akan membuat pemeriksaan untuk kelulusan PMA ke atas unit lif di Blok D dalam minggu ini," katanya.

DBKL berkata, secara keseluruhannya terdapat 38 lif di Perumahan Awam Desa Rejang, yang mana 18 daripadanya sedang dalam proses penggantian secara berperingkat melalui fasa pertama oleh kontraktor yang dilantik iaitu Tetuan Fuji DNDT Sdn. Bhd.

Manakala baki 20 lif yang sepatutnya beroperasi seperti sedia kala tidak dapat digunakan apabila hanya 14 unit sahaja yang boleh beroperasi ketika ini.

"Oleh itu, DBKL akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi jadual kerja yang ditetapkan.

"DBKL juga menyeru penduduk Perumahan Awam Desa Rejang untuk terus memberi kerjasama dan memahami usaha yang sedang dijalankan bagi menyelesaikan isu ini secepat mungkin," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram