PENIAGA di Pasar Kepong FRI di ibu negara meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaik taraf keadaan pusat perniagaan tersebut selepas berlakunya penurunan dari segi jumlah kehadiran pengunjung.
Aktivis komuniti, Yee Poh Ping ketika tinjauannya membangkitkan beberapa masalah utama mengenai lokasi berkenaan, termasuk bumbung berkarat dan bocor, sistem perparitan yang kerap tersumbat selain bau busuk disebabkan kawasan pelupusan sampah.
"Masalah lantai tidak sekata juga merupakan isu utama kerana ia mengundang risiko keselamatan. Masalah ini akan menyebabkan orang ramai enggan membeli-belah di sini.
BACA LAGI: Pengguna jalan raya di Kepong kecewa isu banjir masih tak selesai lepas lebih 5 tahun
BACA LAGI: Peruntukan RM100,000 naik taraf taman komuniti di Taman Kepong
Poh Ping (kanan) menunjukkan bumbung yang berkarat dan bocor.
"Kami turut berharap supaya DBKL menyalurkan dana berpatutan untuk menaik taraf pasar ini seperti mana pernah dilakukan di Pasar Raja Bot, Chow Kit, KL," katanya lagi.
Menurut Poh Ping, Pasar Kepong sering dikunjungi kelompok yang sudah berusia, sekali gus menjadikan penyelenggaraan berkala daripada DBKL adalah perkara yang perlu ditekankan bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan.
Pasar yang terletak di Jalan Silang, KL itu menempatkan seramai 80 peniaga dengan ia beroperasi setiap hari bermula pukul 6 sehingga 11 pagi.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Yap turut meminta DBKL supaya menempatkan seorang pegawai tetap di pasar berkenaan supaya segala masalah berbangkit boleh diselesaikan pihak berkuasa tempatan.
"Sebelum ini, terdapat pegawai mereka yang diberikan sebuah pejabat di dalam pasar tersebut," katanya.
Dia turut menekan keperluan untuk menyediakan pintu masuk baharu serta kawasan parkir tambahan sekitar kawasan terbabit bagi memastikan pasar berkenaan lebih mudah dikunjungi. — The Star/FARID WAHAB
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram