SEORANG lelaki tempatan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes khianat selepas dipercayai bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita dipercayai menggunakan rantai besi.
Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 33 tahun telah ditahan selepas mangsa membuat laporan polis menyatakan seorang lelaki melibas rantai besi pada cermin hadapan keretanya.
Kejadian difahamkan berlaku pada Hari Krismas, 25 Disember sekitar pukul 1.48 tengah hari.
BACA LAGI: [VIDEO] Bot berlanggar punca pergaduhan, polis siasat 2 individu 'bergusti' di jeti Semporna
BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM
Pengadu, seorang wanita berusia 36 tahun memberitahu ketika dia sedang memandu di Jalan Penang, Pulau Pinang seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali secara tiba-tiba melibas rantai besi di cermin keretanya.
Wanita itu menyatakan bahawa dia tidak pasti motif lelaki tersebut.
Video kejadian yang tular di media sosial sejak Rabu.
Bahagian Siasatan Jenayah menahan suspek berhampiran Jalan Padang Tembak di Air Itam pada hari yang sama.
Susulan penahanan lelaki berkenaan yang merupakan seorang pekerja kilang, polis mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau dan disahkan negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menyebabkan kerosakan atau kerugian. — The Star/N.TRISHA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram