[VIDEO] Hukuman terhadap Mohd Affendi patuhi SOP sebatan di luar penjara bagi pesalah syariah — PPMM


  • Primer
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Muhammad Hariz (gambar kecil) berkata, hukuman sebat terhadap pesalah syariah itu dilaksanakan dengan mematuhi SOP sebatan di luar penjara. — The Star/AZLINA ABDULLAH

PERSATUAN Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpuas hati proses pelaksanaan hukuman sebat yang dijalankan di Dewan 'Aasim Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu kerana mematuhi SOP yang ditetapkan.

Timbalan Presiden PPMM, Muhammad Hariz Md Yusof berkata, pelaksanaan hukuman sebat syariah ini dapat membuka mata masyarakat, sekali gus mengarusperdanakan syariah dan hukum syarak.

BACA LAGI: Hanya 2 minit pesalah khalwat selesai dihukum sebat 6 kali

BACA LAGI: Suasana tenang di Masjid Al Muktafi Billah Shah beberapa jam sebelum hukuman sebat syarie

"Harus faham konteks sebenar pelaksanaan hukuman sebatan syariah kerana adalah sebahagian daripada sistem undang-undang yang sah, dan pelaksanaannya tidak boleh dilihat melalui perspektif sempit atau prejudis.

"Melihat kepada hukuman sebat terhadap pesalah khalwat berulang, Mohd Affendi Awang tadi, ia berjaya dan lancar dilaksanakan dengan mematuhi SOP sebatan di luar penjara bagi pesalah syariah," katanya.

IMG_20241227_143408

Tertuduh (baju banduan merah) dituduh mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022. — The Star/AZLINA ABDULLAH

Katanya, selepas menyaksikan hukuman sebatan tersebut, PPMM menyokong penuh pelaksanaannya yang sah selaras peruntukan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001, khususnya Seksyen 125," katanya.

Beliau berkata, kaedah pelaksanaan sebatan adalah berperikemanusiaan kerana alat sebatan atau rotan yang digunakan ringan dan kecil, selain pukulan dengan kekuatan sederhana tanpa mencederakan pesalah di bahagian tubuh yang dibenarkan tanpa melibatkan muka, kepala, perut dan dada.

Beliau menambah, meskipun Malaysia adalah sebahagian komuniti antarabangsa, penafsiran hak asasi manusia perlu diseimbangkan dengan nilai dan budaya tempatan serta Islam sebagai agama bagi Persekutuan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan di mana Perlembagaan Persekutuan memberi ruang untuk undang-undang syariah beroperasi, khususnya pelaksanaan sebatan ini.

Masjid Al Muktafi Billah Shah lokasi bapa lima anak disebat.

Masjid Al Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu yang menjadi lokasi bapa lima anak disebat.

Proses hukuman enam sebatan terhadap pesalah khalwat berulang, Mohd Affendi Awang, 42, dilaksanakan hanya dalam tempoh dua minit.

Pesalah yang mengenakan baju lokap merah dan pelitup muka hijau diiringi pegawai penjara dan polis memasuki Dewan 'Aasim pada pukul 2.28 petang.

Selepas pengesahan nama dan nombor kad pengenalan dibacakan oleh pegawai penjara, pesalah layak menjalani hukuman lalu tepat jam 2.50 petang dan sebatan dikenakan terhadapnya oleh tukang sebat dari Penjara Marang.

Seramai 90 orang saksi menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram