POLIS menahan seorang wanita selepas tular video memaparkan tindakannya membakar motosikal di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping Perak pada Khamis selepas didakwa gagal membayar tunggakan kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, wanita terbabit berusia lingkungan 40-an ditahan pada pukul 7.30 petang hari kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan khianat dengan api.
Katanya, polis sebelum itu menerima laporan pada pukul 4.27 petang daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai penarik kenderaan berhubung tindakan seorang wanita membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam.
"Susulan laporan itu polis berjaya menahan wanita berkenaan dan motif kejadian berpunca selepas wanita itu tidak berpuas hati apabila motosikal itu mahu ditarik.
Bahalol pic.twitter.com/8yCLeIY1W4
— @ (@anthraxxx781) December 26, 2024
"Difahamkan bayaran bulanan motosikal berkenaan tertunggak selama lebih 20 bulan dan motosikal itu dibeli atas nama anaknya," katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad Nasir berkata, wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan dan proses reman akan dibuat pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata, satu lagi kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman 14 tahun penjara atau denda.

Terdahulu, Tindakan wanita terbabit yang sengaja membakar motosikal miliknya tular di media sosial selepas kenderaannya tu didakwa akan ditarik selepas gagal membayar tunggakan ansuran bulanan.
Menerusi rakaman video, pada awalnya, wanita terbabit menyimbah minyak petrol ke atas motosikal tersebut untuk menunjukkan perasaan tidak puas hatinya terhadap tindakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram