SEBUAH pesawat penumpang membawa 67 individu berserta lima anak kapal dalam penerbangan dari Azerbaijan ke Rusia terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan pada Rabu.
Pihak berkuasa Kazakhstan mengumumkan, sebanyak 12 penumpang disahkan terselamat.
Dalam pada itu, video nahas masih tidak dapat disahkan menunjukkan pesawat terbabit yang merupakan milik Azerbaijan Airlines terbakar selepas terhempas sehingga mengeluarkan asap hitam tebal.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
BREAKING: Azerbaijan Airlines flight traveling from Baku to Grozny crashes in Aktau, Kazakhstan, after reportedly requesting an emergency landing pic.twitter.com/hB5toqEFe2
— RT (@RT_com) December 25, 2024
Kementerian kecemasan negara Asia Tengah itu berkata dalam satu kenyataan bahawa perkhidmatan bomba telah memadamkan kebakaran dan mangsa yang terselamat dirawat di hospital berdekatan.
Azerbaijan Airlines berkata, pesawat jenis Embraer 190, dengan nombor penerbangan J2-8243 dalam penerbangan dari Baku ke Grozny, ibu kota Chechnya di Rusia, namun terpaksa melakukan pendaratan cemas kira-kira 3 kilometer (KM) dari bandar Aktau, Kazakhstan
Agensi berita Rusia melaporkan, pesawat terbabit telah diubah laluan kerana kabus di Grozny.
Pihak berkuasa di Kazakhstan berkata mereka, mula melihat pelbagai kemungkinan membawa kepada insiden berkaitan masalah teknikal, lapor agensi berita Interfax Rusia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram