[VIDEO] Ibu bapa kandung kerja di Malaysia, pengasuh susah hati budak 3 tahun hilang dibawa arus deras saat main hujan di Surabaya


  • Benua
  • Rabu, 25 Dis 2024

KANAK-KANAK lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hanyut dibawa arus selepas terjatuh ke dalam parit di kawasan Babatan, Wiyung, Surabaya, Indonesia, sekitar pukul 3.30 petang pada Selasa.

KANAK-KANAK lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hanyut dibawa arus selepas terjatuh ke dalam parit di kawasan Babatan, Wiyung, Surabaya, Indonesia, sekitar pukul 3.30 petang pada Selasa.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan mangsa sedang bermain hujan bersama dua rakannya di hadapan sebuah rumah.

Secara tiba-tiba, mangsa tergelincir dan terjatuh ke dalam parit yang mempunyai arus deras sebelum dihanyutkan ke dalam pembetung.

BACA LAGI: Tayar pancit di Laos, ekspedisi Himalaya antara 'ride' penuh mencabar pasangan sehati sejiwa bersama Kawasaki Vulcan

BACA LAGI: [VIDEO] Kim Seri: Skandal penipuan pelancongan ke Korea babit kerugian lebih setengah juta ringgit, dedah Bukit Aman

Susulan kejadian itu, pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota Polis Wiyung, Koramil dan Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) segera melakukan operasi pencarian.

"Pasukan dari Polis Sektor, Koramil dan BPBD masih mencari mangsa di lokasi kejadian sehingga ke sungai besar namun sehingga kini masih belum ditemui," kata Ketua Polis Wiyung, Kompol Slamet Agus.

Penduduk setempat turut bekerjasama dengan petugas untuk memeriksa pembetung di kawasan kampung, namun usaha mereka belum membuahkan hasil.

"Beberapa percubaan telah dilakukan untuk mencari lokasi yang dirakam dalam video tular itu. Kami mengesyaki mangsa mungkin tersepit memandangkan lebar saluran hanya sekitar 50 hingga 60 sentimeter.

"Penduduk kampung telah berusaha untuk merosakkan paip itu bagi membolehkan pencarian diteruskan hingga ke kawasan longkang yang lebih luas tetapi mangsa masih gagal ditemui," katanya pada Rabu.

Bapa angkat mangsa, Wibi Harianto, 50, berkata, dia bersama ahli keluarga lain ikut dalam operasi pencarian mangsa sejak dilaporkan hanyut ke dalam parit berhampiran rumahnya.

"Waktu saya tengah bekerja di projek perumahan, isteri beritahu anak hanyut ke dalam parit. Saya dan bapa saudaranya terus mencari," kata Wibi pada Rabu.

Wibi berkata, dia tidak dapat tidur kerana merasakan kehilangan mangsa terutama apabila ibu bapa kandungnya berada di kejauhan.

"Ibu bapa kandung mangsa sekarang di Malaysia untuk bekerja. Sampai pagi tadi saya baru pulang dari mencari, lebih kurang pukul 2 petang, semua orang dalam rumah tak boleh tidur," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram