PULAU yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan pantai yang memukau, Langkawi kini menawarkan pengalaman percutian eksklusif di Casa del Mar.
Terletak di Pantai Cenang, hotel butik itu mengalu-alukan pengunjung dengan konsep 'buat seperti di rumah' bagi memberikan keselesaan dalam kemewahan tropika.
Casa del Mar menyediakan pelbagai pilihan penginapan yang sesuai untuk pelbagai lapisan usia pengunjung.
BACA LAGI: Nikmati keindahan Melaka di Casa del Rio, gah dengan sentuhan Baba Nyonya
Salah sebuah ruang bilik Casa del Mar menyajikan pemandangan laut di Pantai Cenang.
Manakan tidak, setiap bilik dilengkapi lantai kayu asli, bar mini dengan mesin kopi espresso, bilik mandi luas atau balkoni yang memberikan pemandangan indah Laut Andaman.
Tidak hanya itu, Seaview Deluxe Suite yang memiliki keluasan 70 meter persegi juga menjadi pilihan utama pengunjung kerana lengkap dengan ruang tamu yang selesa, balkoni besar menghadap laut dan bilik tidur berhias katil empat tiang.
Seaview Junior Suite pula menawarkan dua balkoni dengan pemandangan laut bagi memberi suasana 'ala-ala romantik' buat pelanggannya.
Bagi pengunjung yang ingin berada lebih dekat dengan pantai, Beachfront Studio Suite adalah pilihan terbaik dengan reka bentuk moden dan pemandangan Laut Andaman.
Untuk pengalaman lebih ringkas tetapi tetap eksklusif, Seaview Room menyediakan penginapan seluas 33 meter persegi dengan ruang peribadi yang cukup selesa.
Casa del Mar juga dikenali sebagai destinasi kuliner mewah di Langkawi.
Seafood Platter yang ditawarkan di restoran La Sal, Casa del Mar, Langkawi.
Buktinya, restoran La Sal menawarkan gabungan masakan moden Asia dan Barat yang disediakan menggunakan bahan segar setiap hari.
Untuk pengalaman makan malam yang lebih estetik, La Luna menyediakan suasana romantis di tepi pantai dengan menu istimewa dan pilihan wain premium.
Sementara itu, La Sal Cocktail Bar adalah tempat yang ideal untuk pengunjung menikmati minuman koktel sambil menyaksikan matahari terbenam.
Para tetamu boleh melepaskan tekanan dan bersantai dengan menikmati urutan badan mewah di Satkara Spa.
Spa itu menggabungkan rawatan tradisional Melayu dengan teknik moden untuk memulihkan badan dan minda seseorang.
Casa del Mar juga menawarkan banyak aktiviti yang dapat dibuat pengunjung bagi mengisi masa lapang mereka sewaktu berada di Langkawi.
Antara aktiviti yang ditawarkan adalah island hopping, memerhati burung dan lawatan helikopter eksklusif.
Pengunjung juga boleh menyertai sukan air seperti jet ski, banana boat, berkayak, snorkeling Palau Payar dan selam skuba bersama individu yang dicintai.
Bagi mereka yang gemar bersantai, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat seperti menyertai kelas memasak, lawatan ke hutan tropika atau hanya menikmati pemandangan indah sambil bersantai di tepi pantai.
Dikelilingi oleh bukit-bukit hijau, air laut yang jernih dan pantai pasir putih, Casa del Mar merupakan destinasi percutian pilihan bagi mereka yang mahu mencipta kenangan manis bersama yang tersayang.
Pengunjung yang sudah merasai pengalaman penginapan di Casa del Mar pasti sukar melupakan kenangan indah sewaktu berada di situ. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram