PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi berita sedih tentang pemergian Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed, doktor pakar mata yang merawat matanya selepas beliau dipukul semasa berada dalam tahanan pada 1998.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, pakar oftalmologi tersebut telah tampil sebagai saksi dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden lebam mata beliau semasa di penjara.
Katanya lagi, jasa dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Allahyarham Datuk Dr Ahmad Shukri akan sentiasa terpahat dalam ingatannya.
BACA LAGI: [VIDEO] Rekod menarik persis 'kembar' Bergson, Nguyen Xuan Son wajar ditebus Selangor FC musim depan
"Saya amat sedih dengan pemergian seorang sahabat keluarga, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed. Allahyarham merupakan pakar oftalmologi yang merawat saya ketika saya dipukul dalam tahanan polis pada tahun 1998.
"Allahyarham juga merupakan antara individu yang tampil sebagai saksi untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tuduhan bahawa saya mencederakan diri sendiri.
"Jasa dan keikhlasan Allahyarham akan sentiasa terpahat dalam ingatan saya," kata Anwar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram