[VIDEO] Persis peristiwa 9/11, serangan dron di kompleks kediaman 'goncang' bandar Kazan


  • Benua
  • Sabtu, 21 Dis 2024

Lapangan terbang di Kazan ditutup sementara berikutan serangan dron yang dilaporkan dilakukan oleh Ukraine.

LAPANGAN terbang di Kazan ditutup sementara berikutan serangan dron yang dilaporkan dilakukan oleh Ukraine.

Serangan itu menyasarkan kompleks kediaman di bandar tersebut, yang terletak kira-kira 800 kilometer di timur Moscow.

Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan bahawa serangan berlaku dalam tiga gelombang bermula pukul 7.40 pagi hingga pukul 9.20 pagi.

BACA LAGI: Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berlarilah dengan senyuman', sakit kanser tahap 4 tidak halang Cikgu E sertai maraton, syukur miliki anak isteri penguat semangat

Walaupun pegawai tempatan melaporkan tiada kemalangan jiwa dikesan, namun langkah berjaga-jaga tetap diambil oleh pihak berkuasa.

Badan pemerhati penerbangan Rusia, Rosaviatsia mengumumkan melalui Telegram bahawa semua acara besar yang dijadualkan di bandar itu hujung minggu itu akan dibatalkan.

Selain itu, penginapan sementara akan disediakan untuk penduduk yang terpaksa dipindahkan akibat serangan itu.

Rosaviatsia juga melaksanakan pengehadan penerbangan sementara di lapangan terbang Izhevsk, yang terletak di pusat bandar yang lebih kecil di timur laut Kazan.

Kejadian itu mengingatkan serangan maut 9 September (9/11) ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa.

Serangan pada 11 September 2001 itu menggemparkan Pentagon apabila sebuah pesawat menghentam ‘kota pertahanan’ utama AS itu selain sebuah lagi terhempas di Pennsylvania. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram