Lepas gaduh dengan ibu, gadis Selama lesap tak balik rumah


  • 112
  • Khamis, 05 Dis 2024

Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Noraqilah Muhammad Shaharizan yang dilaporkan hilang di Selama, Perak sejak Ahad. — Facebook

POLIS meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Selama, Perak sejak Ahad (1 Disember).

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, Noraqilah Muhammad Shaharizan, 19, yang beralamat di Kampung Medan, Selama, Perak dipercayai kali terakhir dilihat keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

"Difahamkan remaja itu berselisih faham dengan ibunya dan tidak pulang ke rumah sejak 1 Disember dan tidak dapat dihubungi sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Satu stadium dengar meraung, bek 28 tahun patah kaki cuba halang rembatan pemain Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] Bas hilang kawalan sebelum masuk longkang, 20 penumpang berdepan detik cemas

Sarudin berkata, remaja berkenaan berketinggian 159 meter dan mempunyai berat 60 kilogram, berambut kerinting paras bahu dan berkulit kuning langsat

Menurutnya, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Selama, SI Mohd Fazli Yusof di talian 013-4281129 atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di talian 05-8395999. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram