[VIDEO] Dua penyamun berparang larikan diri sampai ke Jasin lepas pecah rumah di Muar, sudah kena cekup bersama teman wanita


  • 112
  • Sabtu, 21 Dis 2024

Tangkap layar kes samun bersenjatakan parang di Taman Sri Treh dekat Muar, Johor pada Selasa lalu.

DUA lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang di TTaman Sri Treh dekat Muar, Johor pada Selasa lalu hingga tular di media sosial direman tujuh hari bermula Sabtu.

Memetik laporan Harian Metro, perintah reman sehingga 27 Disember ini dikeluarkan Majisret Suzana Mokhtar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka berusia 30-an tiba di kompleks Mahkamah Muar kira-kira pukul 9 pagi dengan kawalan polis.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak peduli ada budak, 2 suspek larikan diri sampai ke Jasin lepas samun rumah di Muar

BACA LAGI: [VIDEO] Memalukan negara, 'hooligans’ bola sepak kena kecam bergaduh, rosakkan harta awam di TBS

Dua suspek ditahan kira-kira 9 pagi Jumaat dalam sebuah kereta di tepi jalan di Sungkai, Perak.

Turut ditahan teman wanita kepada salah seorang suspek yang berada bersama mereka.

Pada Khamis lalu, Majoriti melaporkan kedua-dua suspek bagi kes samun berkawan dan bersenjata yang tular di Muar, Johor didapati melarikan diri sehingga ke Jasin, Melaka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan pada Selasa mengenai kejadian tersebut yang berlaku di Taman Sri Treh, Muar, Johor.

Siasatan yang dilakukan pihak polis mendapati suspek yang terdiri daripada dua orang melarikan diri dan meninggalkan kereta yang dinaiki mereka di Jasin, Melaka pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram