Pihak berkuasa perlu tubuh 'task force' siasat kes kemalangan bas korbankan 7 nyawa di Melaka — Wee Ka Siong


  • Primer
  • Selasa, 24 Dis 2024

Kemalangan itu mengakibatkan tujuh individu maut di tempat kejadian. — Facebook/APM Alor Gajah

BEKAS Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menggesa pihak berkuasa menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara menyeluruh terhadap kes kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer (km) 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Alor Gajah, Melaka, pada Isnin.

Ka Siong berkata, siasatan secara terperinci penting bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

"Memetik laporan media, siasatan awal mendapati ia berpunca daripada tayar hadapan sebelah kanan lori yang terlibat dalam kejadian tersebut tercabut dan berada di tengah-tengah lebuh raya.

"Justeru, saya berharap pihak yang berkenaan segera tubuhkan task force atau pasukan khas bagi menyiasat kejadian ini secara lebih terperinci dan penting untuk memastikan kejadian sama tidak berulang lagi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Tayar treler tercabut punca nahas ragut 7 nyawa termasuk kanak-kanak di Lebuhraya PLUS

BACA LAGI: [VIDEO] Pelumba 'drag race' maut kemalangan di Sandakan, acara perlumbaan ditangguh serta-merta

471302326_1124939382554028_7793457164198603329_n

Kemalangan berlaku apabila bas yang tiba di lokasi kejadian terlanggar tayar tersebut dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. — Facebook/APM Alor Gajah

Dalam kejadian tersebut, seramai tujuh nyawa terkorban dan sekurang-kurangnya 33 cedera.

Nahas tersebut membabitkan sebuah bas ekspres, dua treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.

Polis berkata, apabila tiba di tempat kejadian, tayar hadapan sebelah kanan treler berkenaan tercabut dan berada di bahagian tengah-tengah lebuh raya.

Kemalangan turut berlaku apabila bas yang tiba di lokasi kejadian terlanggar tayar tersebut dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram