PEMANDU lori maut selepas diserang sakit jantung dalam kes kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Station, Johor Bahru, Johor pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku ketika lelaki tempatan berusia 30 tahun sedang memandu lori untuk menghantar barangan perubatan di sekitar pusat bandar Johor Bahru.
“Sampai di lokasi kejadian, mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah kereta yang sedang diparkir disebelah kanan jalan.
BACA LAGI: Travel ke Hong Kong? Jangan lupa kunjungi masjid dan restoran halal khas buat pelancong Muslim
“Akibat kejadian tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal dan disyaki meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Dalam pada itu, Raub menggesa saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulpaka Bambo di talian 014-8861791 atau hadir ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram