TULAR satu kemalangan maut yang melibatkan seorang pelumba drag meninggal dunia di tempat kejadian.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook, mangsa yang mengenderai sebuah kereta berwarna merah dilihat terbabas.
Difahamkan, kemalangan itu berlaku ketika berlangsungnya acara Sandakan Drag Battle R3 2024 di Sandakan, Sabah dengan pihak penganjur mengumumkan penangguhan akibat insiden itu.
BACA LAGI: 'Dah macam Onana', kesilapan Haziq Nadzli ranapkan peluang HM di bumi Thai
BACA LAGI: ‘Harap penalti saja’, bukan puji diberi tapi fans Sang Penyu pilih kritik ketajaman Bonilla
"Kami mewakili RCO Motorsport Club ingin memaklumkan bahawa acara Sandakan, Sabah bagi tarikh Ahad dibatalkan dengan serta merta diakibatkan perkara yang terlah berlaku.
"Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku pada hari ini. Semoga segala urusan dipermudahkan," tulisnya di Facebook.
Berita sedih itu menerima respons menyentuh hati orang ramai, termasuk daripada pengguna Facebook Arif Asyraf Ali.
“Al-Fatihah, Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Abang Adib, Dragster dari Brunei yang terlibat kemalangan semasa perlumbaan drag di Proline Sandakan Drag Race, 14 Disember 2024,” tulisnya
Susulan itu, ramai pengguna media sosial menitipkan ucapan takziah kepada mangsa.
“Salah takziah, Al-Fatihah buat Allahyarham,” kata Zambri Shamsudin.
“Salam takziah, banyak insiden Sudan mengenai track ini,” kata Mega AndCo.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah kepada keluarga mangsa,” kata Raja Norli Akma. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram