Lebih seminggu hilang, lelaki ditemukan tertunduk tak bernyawa dalam kereta di Sungai Isap


  • 112
  • Ahad, 22 Dis 2024

Mayat lelaki itu dijumpa orang awam tidak sedarkan diri dalam keadaan tertunduk di tempat duduk pemandu pada pukul 4.15 petang.

KEHILANGAN seorang lelaki sejak seminggu lalu terungkai apabila mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kenderaanya, Perodua Viva di kawasan letak kenderaan sebuah restoran nasi Kerabu di Sungai Isap, Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Safri Mohd. Ali, 55, berasal dari Kampung Hijrah, dilaporkan hilang sejak 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, orang ramai yang terhidu bau busuk dari dalam kenderaan itu mendapati individu lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalamnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Melawan hukum alam berniaga Nasi Lemak Kangkung RM2 'portion' menimbun, Zila pernah kena 'sapu' PBT tapi kini sudah miliki kedai sendiri

BACA LAGI: 'Peribadi rendah diri Sultan Ibrahim buat kami tenang', pemilik generasi ke-3 restoran asam pedas Lee besar hati kerabat diraja jadi pelanggan setia

Image 22-12-2024 at 10.56 AM

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati kereta itu diletakkan di lokasi tersebut sejak seminggu lalu. — IPD Kuantan

Menurutnya, lelaki itu dijumpa orang awam tidak sedarkan diri dalam keadaan tertunduk di tempat duduk pemandu pada pukul 4.15 petang.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati kereta itu diletakkan di lokasi tersebut sejak seminggu lalu.

"Orang ramai kemudian membuat pemeriksaan dan terhidu bau busuk dari dalam kereta berkenaan.

“Setelah diperiksa melalui cermin hadapan, terdapat lelaki lengkap berpakaian tidak sedarkan diri di dalamnya.

“Pasukan penyiasat yang tiba di lokasi mendapati mayat berada dalam keadaan membengkak yang dipercayai meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemukan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenazah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pada pukul 7.35 malam anggota forensik tiba di lokasi untuk membuat pemeriksaan dan pihak polis menjumpai telefon bimbit dan beg galas milik mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada 13 Disember lalu," katanya.

Mayat lelaki itu bagaimanapun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram