Jadi destinasi wajib singgah: Pesona sup tulang di Hentian Rahmat Terengganu


  • Bizz
  • Ahad, 22 Dis 2024

Sup tulang merupakan hidangan popular yang dicari pelanggan di gerai makanan diusahakan oleh Abdul Hamid.

MENIKMATI semangkuk sup panas selepas memandu jauh pastinya memberikan pengalaman cukup melegakan buat sesiapa sahaja.

Disebabkan itu, bagi mereka yang melakukan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan, Hentian Rahmat adalah lokasi yang patut dijadikan pertimbangan untuk dijadikan tempat rehat.

Hentian tersebut terletak di Jalan Persekutuan yang menghubungkan dua bandar di Pantai timur – 56km Utara Kuala Terengganu dan 110km Selatan Kota Bharu.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Kawasan rehat terletak di Kampung Rahmat, Chalok, Terengganu itu antara lain menempatkan gerai menjual hidangan sup tulang yang dikenali sebagai 'Uncle Pok'.

Berharga RM11 semangkuk, sup itu mengandungi daging dihidang bersama daun sup dan kepekatan kuahnya yang sederhana tentunya menjanjikan kesegaran dalam setiap hirupan.

Gandingan ramuan limau nipis dan cili yang dihiris turut menambah sedikit rasa pedas pada sup.

Hentian Rahmat in Chalok, Terengganu, is a popular rest stop for those travelling between Kuala Terengganu and Kota Baru, Kelantan.

Hentian Rahmat terletak di Jalan Persekutuan yang menghubungkan dua bandar di Pantai timur iaitu 56km dari Utara Kuala Terengganu dan 110km Selatan Kota Bharu.

Walaupun ramai pelanggan memilih menikmati sup mereka dengan tambahan nasi kosong yang berharga RM2, sup itu tetap enak dinikmati secara sendirian.

Gerai berkenaan menjadi tumpuan orang ramai pada sebelah petang yang mana menyaksikan ramai pelanggan beratur untuk membuat pesanan makan tengah hari.

Pemilik gerai Abdul Hamid Daud, 42, dari Kampung Rahmat berkata, hidangan popular di gerainya adalah sup tulang.

Beroperasi dengan bantuan isterinya, bapa kepada tiga anak itu berkata, mereka memasak kira-kira 30 kilogram (kg) sup tulang setiap hari.

"Kami biasanya mula bekerja pada pukul 8.30 pagi kerana kedai dibuka pada pukul 10.30 pagi," katanya sambil menambah gerainya beroperasi sehingga 6.30 petang setiap hari.

Abdul Hamid berkata, dia mula beroperasi di kawasan rehat terbabit yang terletak di bawah kawasan Majlis Daerah Setiu sejak dua tahun lalu.

27779586

Antara pelanggan yang hadir di gerai 'Uncle Pok'.

“Sebelum wabak Covid-19, saya pernah menjual nasi lemak di kampung saya.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya diberi resipi sup oleh rakan dan memutuskan untuk mencuba nasib di sini.

“Setakat ini, sambutan menggalakkan dan ramai pelanggan telah memberikan maklum balas yang baik,” katanya.

Abd Saleh Yacob, 63, yang dalam perjalanan dari Dungun di Terengganu ke Pasir Putih di Kelantan berkata, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk singgah di gerai terbabit.

"Ia adalah hidangan yang sederhana tetapi memuaskan dan ditawarkan pada harga yang berpatutan," katanya yang turut memesan hidangan tambahan untuk dibungkus bagi dibawa pulang.

Selain sup, gerai 'Uncle Pok' turut menjual nasi campur dan ayam, rojak dan pelbagai minuman termasuk air batu campur. — The Star/FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram