
SEORANG pelajar lelaki maut selepas motosikalnya terbabit dalam kemalangan ngeri melibatkan 10 motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kedah pada tengah malam Khamis.
Mangsa, Muhammad Amirul Ahmad, 20, beralamat di Kubang Rotan, Alor Setar mengalami pelbagai kecederaan di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 12.10 tengah malam Khamis yang membabitkan 10 motosikal yang kebanyakannya jenis Y15ZR dan Honda C100 serta Honda NF100.
BACA LAGI : Seramai 12 pelajar UMT direman kes pukul bergilir-gilir pelajar guna objek tumpul hingga cedera
BACA LAGI : [VIDEO] Cederakan mangsa guna pisau lipat, 5 lelaki bergaduh angkara salah faham ditahan polis Kuala Lumpur
"Kesemua penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari arah Gurun menghala ke Alor Setar.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati lima motosikal sedang bergerak terus di kedudukan hadapan menghala ke Alor Setar.
"Namun sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal Honda C100 yang ditunggangi pelajar terbabit yang datang dari arah belakang masuk di tengah antara lima motosikal itu sebelum bergesel dengan yang lain dan terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikalnya terbabit dalam kemalangan ngeri melibatkan 10 motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kedah pada tengah malam Khamis.
Kredit Video: Orang Awam pic.twitter.com/xcDnaAzngl
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) December 20, 2024
Jelas beliau lagi, impak daripada pergeselan itu mengakibatkan enam motosikal terbabit terjatuh di lorong kiri.
"Empat motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak dan berlanggar satu sama lain sebelum terjatuh di atas jalan raya.
"Jenazah pelajar itu di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.
"Kesemua mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pendang dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Menurutnya lagi, kesemua 10 penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu berasal dari Pendang, Alor Setar dan Kubang Pasu.
Bagaimanapun katanya, mereka bergerak secara berasingan dan bukannya rakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram