[VIDEO] Bimbang terlepas ‘flight’ ke China, pemandu tergamak halang laluan ambulans bawa pesakit ke Hospital Banting


  • 112
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Tangkap layar video memaparkan pemandu kereta terbabit yang menghalang laluan ambulans menghala ke Hospital Banting, Selangor pada Rabu lalu.

SEORANG pemandu kereta bertindak menghalang laluan ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Banting, Selangor kerana bimbang terlepas penerbangannya ke luar negara pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, susulan video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial sejak Jumaat, polis memanggil pemilik akaun Facebook yang juga pemandu ambulans, seorang lelaki tempatan yang berusia 30-an untuk memberi keterangan.

Akmalrizal berkata, ambulans yang dihalang pemandu kereta jenis Toyota Corolla Cross di Jalan Klang-Banting dari arah Jenjarom, Selangor.

BACA LAGI: Kartel punca utama kos sara hidup meningkat di Malaysia

BACA LAGI: Dipanggil datang rumah, teman lelaki teruk dikerjakan satu famili termasuk diugut guna pedang samurai lepas hamilkan kekasih di Sabah

Menurutnya, ketika kejadian, pemandu kereta terbabit enggan menukar lorong dan kekal di lorong kanan walaupun ambulans sudah membunyikan hos dan menggunakan pembesar suara untuk meminta diberi laluan.

"Siasatan awal mendapati, kejadian pada Rabu lalu apabila ambulans dalam perjalanan dari Klinik Kesihatan Jenjarom menghala Hospital Banting.

"Menurut laporan pemandu, ambulans berkenaan memasang lampu mentarah (beacon light) dan siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit ke Hospital Banting.

"Bagaimanapun, pemandu kereta yang bergerak di hadapan ambulans tidak mahu memberi laluan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pemandu Toyota Corolla Cross itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

"Pemilik adalah bapa pemandu berusia 20-an dan bapa pemandu itu ditahan pukul 11.30 malam Khamis.

"Siasatan awal mendapati, pemandu berkenaan dikatakan mengejar masa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana bimbang terlepas penerbangannya ke China.

"Pemandu yang berumur 20an bagaimanapun kini berada di luar negara," katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram