Travel ke Hong Kong? Jangan lupa kunjungi masjid dan restoran halal khas buat pelancong Muslim


  • Hobi
  • Sabtu, 21 Dis 2024

Hong Kong menjemput pelancong Muslim untuk menjadikan negara itu sebagai destinasi pelancongan untuk dikunjungi.

HONG KONG semakin mendapat tempat di hati pelancong Muslim terutama menerusi kempen terbaharunya, Jelajah Hong Kong.

Kempen itu memberi peluang kepada pelancong dari Asia Tenggara untuk menikmati pengalaman percutian yang bukan sahaja seronok tetapi juga memenuhi keperluan agama dan tradisi Islam di negara Asia itu.

Dengan restoran halal, penginapan mesra Muslim dan itinerari bersesuaian untuk semua pihak, Hong Kong menawarkan pelbagai tarikan yang pastinya dapat memikat hati pelancong Muslim.

BACA LAGI: Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berlarilah dengan senyuman', sakit kanser tahap 4 tidak halang Cikgu E sertai maraton, syukur miliki anak isteri penguat semangat

photo_6278060353942307419_y

Masjid Kowloon merupakan masjid terbesar di Hong Kong.

Hong Kong juga berada di tangga kedua dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024 bagi keselamatan wanita Muslim.

Bagi pelancong Muslim, masjid merupakan destinasi penting sepanjang percutian mereka.

Hong Kong menawarkan beberapa pilihan masjid yang tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat kebudayaan yang menarik.

1. Masjid Kowloon

Terletak di kawasan Tsim Sha Tsui, Masjid Kowloon adalah masjid terbesar di Hong Kong yang mampu menampung sehingga 3,500 jemaah.

Dengan seni bina yang menakjubkan, masjid itu bukan sahaja tempat beribadah tetapi juga berfungsi sebagai pusat kebudayaan yang sering menganjurkan acara komuniti dan pendidikan.

photo_6278060353942307420_y

Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman R dibuka pada 1981.

2. Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman R

Masjid itu yang terletak di Wan Chai merupakan sebuah tempat bersejarah yang dibuka pada 1981.

Ia boleh menampung lebih 1,500 orang dan menjadi pusat penting bagi komuniti Islam tempatan.

Selain solat, pelancong juga boleh mengunjungi pusat itu untuk aktiviti kebudayaan dan pendidikan.

Tidak hanya itu, Hong Kong juga terkenal dengan pelbagai pilihan restoran halal yang menyajikan hidangan daripada pelbagai budaya seperti:

- Bombay Dreams

Restoran India yang pertama di Hong Kong itu telah mendapat pengiktirafan Michelin Guide Bib Gourmand pada 2009.

Dengan menu masakan India yang asli dan sentuhan moden, restoran itu menawarkan pengalaman kulinari yang istimewa.

- Imperial Patisserie

Bagi pencinta pastri, restoran itu menawarkan pilihan pastri halal yang lazat dan bebas daripada bahan-bahan haram seperti daging atau lemak khinzir.

Jadi, ia sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pencuci mulut yang menepati piawaian halal.

3. Kantin Pusat Islam

Terletak di dalam Pusat Islam Osman Ramju Sadick, restoran itu terkenal dengan dim sum halal yang lazat dan hidangan Cina yang sangat disukai oleh penduduk tempatan dan pelancong.

photo_6278060353942307416_x

MAMTOM menghidangkan masakan Vietnam.

4. MAMTOM

Menggunakan bahan segar, restoran itu pasti dapat menggoda selera pengunjung dengan sajian pelbagai masakan Vietnam yang turut menjadi kegemaran masyarakat Hong Kong.

Ini kerana masakan berasaskan sup seperti pho iaitu mi sup dengan hirisan daging dan pelbagai herba amat digemari lagi-lagi ketika musim sejuk.

5. Marouf and Puff Bake

Berdekatan dengan Masjid Kowloon, kafe itu menawarkan kopi yang enak dan pastri halal yang dipanggang segar seperti croissant dan tart telur.

Selain daripada masjid dan restoran halal, Hong Kong turut menawarkan aktiviti menarik yang mesra untuk pelancong Muslim.

- Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland merupakan yang sempurna untuk keluarga kerana membolehkan pelancong Muslim menikmati pelbagai kemudahan mesra Muslim termasuk ruang solat dan restoran halal.

- Pulau Cheung Chau

Terkenal dengan festival roti ban tahunan, pulau itu menampilkan pantai yang cantik dan laluan pendakian mesra keluarga.

- Aqua Luna

Pelayaran menaiki tongkang ikonik yang menawarkan pemandangan matahari terbenam di pelabuhan Hong Kong, memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

- Central Market

Tempat yang penuh dengan budaya, pengunjung boleh menikmati makanan tempatan, membeli kraf tangan unik serta merasai kemeriahan pasar yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.

- Ngong Ping Village

Destinasi tenang yang menempatkan Patung Buddha Besar dan Biara Po Lin, di mana pelancong boleh mempelajari budaya Buddha serta menikmati pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.

Selain itu, bilik solat turut disediakan atas permintaan pelanggan.

Kampung Nelayan Tai O

Kampung Nelayan Tai O merupakan kampung tradisional terapung yang memaparkan cara hidup nelayan tempatan untuk memberikan pengunjung merasai pengalaman budaya yang berbeza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram