PEMILIK Buriram United, Newin Chidchob menganggap bahawa kualiti Liga Malaysia (Liga M) dan Thailand tidak setanding.
Pemilik kelab gergasi Thailand itu berkata sedemikian selepas melihat masih terdapat perbezaan kualiti antara kedua-dua liga tersebut.
Kedua-dua pasukan sebelum ini bertemu dalam Kumpulan A aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/2025 yang menyaksikan keputusan akhir 0-0 terhasil di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada 3 Disember lalu.
BACA LAGI: Awas Harimau Malaya, 3 tonggak Singapura bakal menyusahkan sebab ada pengalaman di tanah air
BACA LAGI: Gelaran Raja Utara milik Kedah, fans Penang bengang tak boleh 'makan' lawan tak bergaji
Newin berkata, kualiti Liga Thailand secara keseluruhannya lebih baik berbanding Malaysia dan yakin bakal menewaskan JDT sekiranya bertemu sekali lagi.
“Kita boleh beraksi menentang satu sama lain lagi. Tak ada peluang JDT terlepas selepas ini. Saya boleh katakan bahawa kualiti di Liga Malaysia tidak sama dengan Thailand secara jujurnya," katanya kepada Ball Thai Stand.
Malah, Newin juga tidak risau dengan kemampuan JDT yang mendapatkan sentuhan ramai pemain import untuk beraksi dalam skuad Harimau Selatan ketika ini.
"Walaupun JDT membawa banyak pemain import namun ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan saya.
"Saya katakan ini supaya pemilik JDT dapat melabur lebih banyak dan tahun depan kita dapat menyaksikan perlawanan yang lebih menarik," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram