Tiada perancangan bawa pulang warga tempatan di Syria, semua dijaga rapi — Tok Mat


  • Primer
  • Rabu, 18 Dis 2024

Pergolakan di Syria bermula beberapa bulan lalu apabila pasukan pemberontak menjatuhkan kerajaan Bashar Al-Assad.

MENTERI Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan membawa pulang kira-kira 50 warganegara, termasuk pelajar yang kini berada di Syria.

Beliau juga sempat menegaskan bahawa situasi kekal tenang di negara Timur Tengah itu selain rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat.

"Kita mempunyai Konsul Kehormat di sana yang akan berhubung dengan Wisma Putra dan saya secara peribadi setiap hari. Mereka juga akan mengambil gambar dan video pelajar kita yang berada dalam keadaan selamat.

BACA LAGI: Dr Dzulkefly sahkan PKD Seremban serah kompaun kesalahan merokok kepada Tok Mat

BACA LAGI: PRU16: Umno belum ada keputusan gabung dengan parti lain — Tok Mat

WhatsApp Image 2024-12-18 at 2.07.45 PM

Mohamad Hasan menegaskan pihaknya akan berhubung dengan pelajar setiap hari.

"Mereka mempunyai keperluan makanan mencukupi dan kini berada di kolej masing-masing," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan Malaysia kepada Inisiatif Kerajaan Jordan di Putrajaya pada Rabu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Mat berkata, Konsul Kehormat juga akan berhubung dengan pelajar serta pihak berkuasa kolej untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar tempatan di Syria.

"Bagaimanapun, negara itu masih belum mempunyai badan kerajaan ketika ini dengan mereka sedang cuba memastikan keadaan aman berterusan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Sebelum ini, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan bantuan perlu menghubungi Konsul Kehormat di Syria atau Kedutaan Negera di Amman, Jordan. — The Star/RAHIMY RAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram