HARGA petrol RON97 naik 3 sen seliter bermula pada Khamis ini.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, harga RON97 naik daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter manakala RON95 kekal RM2.05 dan diesel di Semenanjung juga kekal RM2.95.
"Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter.
"Kadar baru itu berkuat kuasa 19 Dis hingga 25 Disember ini," katanya pada Rabu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak.
Pada masa sama, kerajaan juga akan menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram