
SEORANG wanita menimbulkan kekecohan apabila bertindak menghalang beberapa lori yang keluar dan masuk di kawasan rumahnya baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, wanita terbabit dilihat enggan keluar dari keretanya yang berada di tengah laluan dipercayai berhampiran Lebuhraya ELITE di Dengkil, Selangor.
Situasi itu sekali gus menyebabkan beberapa pemandu lori terpaksa berhenti dan cuba memujuk wanita tersebut supaya bertolak-ansur.
BACA LAGI: Penaja mohon maaf isu bendera Malaysia terbalik di baju Lee Zii Jia
Kesemua pemandu lori itu dikatakan diarah untuk berpatah balik atau menggunakan jalan lain.
Wanita terbabit dipercayai bertindak sedemikian kerana berang laluan ke rumahnya rosak disebabkan oleh kenderaan berat seperti lori yang sering menggunakan jalan berkenaan.
Dalam video lain, kelihatan seorang anggota polis cuba memujuk wanita itu agar memberi laluan dan memudahkan urusan pemandu lori terlibat.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada usaha anggota polis berkenaan berjaya menyelesaikan hal berkenaan dengan baik atau sebaliknya.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram