'Takut kena pilih', syarat sertai PLKN 3.0 dibimbangi buat lebih ramai pelajar tolak masuk kadet sekolah


  • Massa
  • Khamis, 12 Dis 2024

Peserta PLKN 3.0 kini diberi keutamaan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet di sekolah. — Gambar hiasan/The Star

KEPUTUSAN kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet sekolah bagi pelarasan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) pada 2025 dianggap akan mengurangkan minat golongan itu untuk terlibat dalam kurikulum tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikannya pada Rabu.

Beliau berkata, antara yang dibentangkan adalah status pelaksanaan program PLKN 3.0 yang akan bermula pada 2025 dan menekankan peri penting pelaksanaan program itu dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian peredaran serta keadaan semasa.

BACA LAGI: Selangor salur peruntukan RM1.7 bilion tangani banjir

BACA LAGI: Penaja mohon maaf isu bendera Malaysia terbalik di baju Lee Zii Jia

469639127_1161448005336765_1503493341354064024_n

Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikan Anwar pada Rabu. — Facebook/Anwar

Katanya, beliau memutuskan pelaksanaan PLKN 3.0 itu diutamakan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet-kadet sekolah yang akan diselaraskan melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.

"Ini penting agar ia mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan yang tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kenyataan itu bagaimanapun dilihat kurang memberi keyakinan termasuk juga ada sesetengah warga maya yang tidak bersetuju dengan pemilihan tersebut.

Hal ini kerana, segelintir daripadanya berpandangan bahawa keutamaan itu akan membuatkan lebih ramai pelajar menolak untuk menyertai aktiviti kadet di sekolah.

"Kadet dah sah memang lasak. Cuba pilih random (rawak). Biar bercampur lembut dan keras. Nanti makin ramai tak nak masuk kadet," komen Suryza Naz.

"Ramailah lepas ni tak mahu masuk kadet sekolah, takut kena pilih," kata Suhaili Samsuri.

Namun, ada juga yang menyokong usaha baik kerajaan untuk memupuk semangat kecintaan kepada negara terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

"Terima kasih DS Anwar, program ni penting untuk kembalikan semangat nasionalisme dalam kalangan belia," sokong Anne Nuyuii. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram