
MELIHAT kepada fizikal Dr R Shalini Devi hari ini, anda pastinya tidak percaya bahawa 10 tahun lalu, dia pernah memiliki berat 118 kilogram (kg).
Dr Shalini yang turut dinobatkan sebagai Mrs World Malaysia 2024 pernah disahkan menghidap diabetes tahap 2, sindrom ovari polikistik dan hipotiroidisme pada 2010.
Dia mengambil ubat selama dua tahun dan mencuba pelbagai diet dan jenis senaman tetapi sukar mengurangkan berat badannya.
"Saya menjalani diet secara yo-yo. Saya berjaya menurunkan berat badan. Namun, berat badan saya akan kembali naik,” katanya.
BACA LAGI: Permohonan Tun M mahu prosiding RCI Batu Puteh dibuat secara terbuka ditolak mahkamah
BACA LAGI: JPM tidak campur tangan siasatan RCI Tabung Haji
Pada 2011, ketika berusia 24 tahun, hidupnya berubah apabila dia mencipta amalan kesihatannya sendiri yang memfokuskan 80 peratus pada pemakanan dan 20 peratus senaman.
Dia kemudiannya kehilangan 44kg dalam masa kurang dari enam bulan.
Titik perubahan terbabit sebahagiannya didorong oleh kebimbangan terhadap kesihatannya sendiri dan juga bapanya.
Pada masa itu, bapanya, seorang penghidap diabetes, disahkan menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir.
Amalan gaya hidup Dr Shalini tidak melibatkan pengurangan pengambilan karbohidrat dalam diet.
“Setiap hari, saya menikmati karbohidrat saya – makan nasi dan bersenam di rumah. Saya tidak mempunyai 'cheat day',” kongsinya yang berusia 32 tahun.
Dia berjaya mengekalkan berat badannya pada 70kg dalam tempoh empat tahun seterusnya.
Pada Disember 2015, Dr Shalini kehilangan 14kg lagi dengan merekodkan berat badan antara 74kg hingga 60kg.
Kejayaan itu mencetuskan idea untuk bagi membantu orang lain menurunkan berat badan, bermula dengan suaminya.
"Berat badan suami saya ketika itu adalah 135kg tetapi saya berjaya menurunkannya kepada 80kg dalam tempoh enam bulan," kata Dr Shalini yang bertemu dengan pasangannya pada 2012 ketika dia menjadi doktor pelatih di Hospital Klang.
Dr Shalini sudah mengamalkan gaya hidup sihat bermula pada 2011. — Instagram/dr.shalzrc
Mereka berkahwin pada penghujung 2016.
Dr Shalini turut membantu ibunya, Devaki Duraisingam berusia 50-an, untuk mencapai berat badan idealnya.
Pada 2010, ibunya menjalani pembedahan tulang belakang selepas jatuh teruk dan menyebabkan berat badannya bertambah selepas itu.
Kini, berat Dr Shalini berada pada 57kg dan dia juga sudah lapan tahun bebas daripada pengambilan ubat.
“Saya sangat sihat,” kata Dr Shalini yang mengendalikan klinik bersama suaminya, Dr M. Yuveneswara, 31, di Shah Alam, Selangor.
Disebabkan kejayaan penurunan berat badannya, mereka mendapat inspirasi untuk memulakan khidmat rundingan latihan peribadi yang mempunyai lebih daripada 2,000 pelatih dari 11 negara termasuk Singapura, Kanada, China, Arab Saudi dan India.
Perubahan gaya hidup Dr Shalini( kiri) turut diikuti oleh ahli keluarganya termasuk ibunya yang kini menjadi jurulatih zumba.
Kemudian pada Oktober 2017, mereka memutuskan untuk memulakan kelas zumba bagi membantu orang ramai menurunkan berat badan.
Suami dan isteri itu pada mulanya menjalankan kelas secara bersama di dewan sewa tetapi Dr Yuveneswara berhenti mengajar pada penghujung 2018 selepas pembukaan klinik mereka.
Kelas pertama mereka diadakan di Kota Kemuning, Selangor, pada harga RM3 setiap sesi.
Yuran yang minimum membantu untuk membayar sewa premis tetapi kadangkala, Dr Shalini terpaksa menambah kadar harga apabila kurang orang hadir bersenam semasa perayaan dan cuti.
Ibu Dr Shalini juga menjadi jurulatih zumba dan membantu mengendalikan kelas dengan jurulatih lain.
Dr Shalini (kiri) mendirikan rumah tangga bersama pasangan hidupnya pada 2016. — Instagram/dr.shalzrc
Pada 2015, selepas anak perempuannya memperkenalkannya dengan zumba, beratnya turun daripada 96kg kepada 59kg dalam masa kurang enam bulan.
Selain ibunya, arwah bapa Dr Shalini juga menghadiri kelas zumbanya dua kali seminggu.
“Mendiang sebelum itu menjalani dialisis selama 10 tahun. Selepas dia meninggal dunia pada Hari Bapa tahun ini, saya membuka lebih banyak kelas zumba untuk menggalakkan kecergasan dan kesihatan,” katanya.
Kanak-kanak juga boleh menghadiri kelasnya secara percuma, dan Dr Shalini turut menggunakan peluang itu untuk melahirkan pemimpin muda.
"Sesetengah kanak-kanak yang mengambil zumba dilatih untuk menjadi jurulatih bagi memimpin kanak-kanak lain," katanya sambil menambah bahawa dia kini mempunyai tujuh jurulatih muda. — The Star/MAJORIE CHIEW
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram