Dipanggil 'kayu' ketika kerja di kedai kopi 'trigger' Burhan bangunkan restoran sampai dapat gelaran 'Raja Nasi Kandar'


  • Bizz
  • Isnin, 09 Dis 2024

Pada tahun ini, Original Penang Kayu Nasi Kandar akan berusia genap 50 tahun operasinya.

RESTORAN nasi kandar milik Burhan Mohamed adalah satu tempat yang tidak perlu diperkenalkan di Lembah Klang.

Malah di sini, beliau juga dikenali sebagai “Raja Nasi Kandar”.

Burhan merupakan pemilik dan pengarah urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar, rangkaian restoran yang menyajikan hidangan popular dari Pulau Pinang.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Pada tahun ini, Original Penang Kayu Nasi Kandar akan berusia genap 50 tahun dan ia akan diraikan di restorannya di SS2 di Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat.

Ia termasuk dengan menyediakan hidangan nasi kandar percuma dari jam 7.30 malam hingga 11 malam.

Turut berkenan berangkat pada acara tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di samping Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan beberapa lagi personaliti lain.

Interview with Kayu Nasi Kandar owner Datuk Burhan Mohamed on Kayu Nasi Kandar turns 50th anniversary on November 29.—AZMAN GHANI/The Star

Burhan membuka Original Penang Kayu Nasi Kandar di SS2 pada 2003.

Bagi yang biasa menikmati hidangan di Original Penang Kayu Nasi Kandar di SS2, adalah satu pemandangan biasa untuk tiba-tiba melihat kehadiran kerabat diraja, menteri atau selebriti di restoran tersebut.

Perjalanan Burhan bermula pada 1974 di SS2 ketika dia membantu bapanya di kedai kopi Chow Yang, iaitu premis yang kini menempatkan restorannya.

Ayahnya pernah bekerja di Restoran Dawood yang kini sudah ditutup di Queen Street, Pulau Pinang, pada 1960-an.

Bagaimanapun, orang tuanya kemudian berpindah ke Petaling Jaya untuk menjual mee goreng di atas kereta tolak sebelum akhirnya beralih kepada menjual nasi kandar.

Tidak ramai yang sedar bahawa bapa saudaranya pernah mempunyai gerai di kedai kopi Restoran New Seaview di Paramount Garden, Petaling Jaya pada 1970-an, di mana Burhan juga pernah mempunyai pengalaman membantu bekerja di situ.

“Akhirnya, bapa saya memulakan gerai di Chow Yang. Kami tidak kisah untuk memberi nama kerana ia hanya sebuah gerai.

“Kedai kopi biasanya penuh sesak, dan pemiliknya sering marah kerana pinggan kami tidak dikumpulkan tepat pada masanya untuk pelanggan baharu yang ingin mencari meja.

"Kadang-kadang dia akan membuang pinggan kami kerana dia seorang yang pemarah.

“Tidak lama kemudian, dia mula memanggil saya 'kayu' (perkataan Melayu untuk kayu atau seseorang yang kurang akal). Nama itu kekal di dalam fikiran saya,” kongsinya.

Interview with Kayu Nasi Kandar owner Datuk Burhan Mohamed on Kayu Nasi Kandar turns 50th anniversary on November 29.—AZMAN GHANI/The Star

Burhan menganggap dirinya sebagai seorang yang bertuah kerana telah memperoleh banyak ilmu perniagaan daripada pembekal, penyokong dan rakannya.

Tambah Burhan, panggilan “kayu” itu tiada kaitan dengan batang kandar digunakan untuk membawa dua bakul berisi kari dan lauk di bahu, seperti dilakukan pada 1950-an oleh penjual nasi kandar.

Tetapi kerana bernasib baik, dia akhirnya mengambil alih kedai kopi Chow Yang pada 2003, di mana terletaknya Original Kayu Nasi Kandar Penang.

Restorannya kemudian menjadi sangat popular di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan ia kini mempunyai sembilan kedai makan di Lembah Klang.

Dalam pada itu, terdapat juga rungutan daripada sesetengah pihak mendakwa bahawa harga dikenakan untuk hidangan nasi kandar di kedainya agak mahal.

Burhan berkata, dia menyedari mengenai aduan tersebut.

Namun, beliau berkata, berbeza dengan kedai lain, restorannya menggunakan bahan makanan berkualiti terutama makanan laut seperti ikan dan sotong.

“Saya tidak pernah berkompromi dengan kualiti. Kami juga mementingkan kebersihan kerana kami mahu mengekalkan integriti dan kebersihan kami," katanya yang kini berusia 62 tahun.

Sementara itu, Burhan memaklumkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bakal mengiktiraf restoran SS2 miliknya dengan anugerah Premis Makanan Bersih pada 20 Disember depan.

Interview with Kayu Nasi Kandar owner Datuk Burhan Mohamed on Kayu Nasi Kandar turns 50th anniversary on November 29.—AZMAN GHANI/The Star

Burhan turut mengajak pelanggannya untuk bersama-sama meraikan ulang tahun perniagaannya.

Burhan menganggap dirinya sebagai seorang yang bertuah kerana telah memperoleh banyak ilmu perniagaan daripada pembekal, penyokong dan rakannya.

“Saya telah bekerja dari bawah hingga ke atas kerana saya sanggup mengotorkan tangan saya," katanya sambil menambah dia telah melatih anaknya Mohd Nizam Burhan, untuk mengambil alih perniagaannya.

Dalam pada itu, Nizam berkata, bapanya memberikan pelbagai tugas kepadanya dalam menjalankan perniagaan keluarga, bermula sebagai juruwang dan pelayan.

“Beliau sangat tegas dalam memberikan tugas kepada saya dan menegaskan tiada keistimewaan harus diberikan kepada saya. Saya mesti berkhidmat, seperti orang lain, di restoran,” katanya.

Dua anak perempuan Burhan, Dr Azareena dan Dr Zafrina, masing-masing berkhidmat sebagai doktor keluarga di Dublin, Ireland, dan Bandar Utama, Petaling Jaya.

Sementara itu, Burhan turut mengajak pelanggannya untuk bersama-sama meraikan ulang tahun perniagaannya.

“Tanpa pelanggan setia saya, saya bukan apa-apa. Original Kayu Nasi Kandar Penang adalah kepunyaan mereka.

“Saya memohon maaf atas kekurangan saya sepanjang 50 tahun lalu tetapi yakinlah, kualiti akan sentiasa dikekalkan," tambahnya. — The Star/WONG CHUN WAI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram