PADA awal 2013, kedai kopi popular, Sin Seng Nam mengumumkan penutupan operasiya.
Penamatan operasi kopitiam Hainan berusia 85 tahun itu disambut dengan rasa sedih lebih-lebih lagi ia turut menandakan berakhirnya satu era untuk mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur.
Terletak di bangunan tiga tingkat di sepanjang Medan Pasar atau “Market Square” lama di Kuala Lumpur, Sin Seng Nam mengekalkan salah satu peninggalan terakhir pesona dunia lama di kawasan itu.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Pada zaman kegemilangannya, Medan Pasar merupakan tempat tumpuan peniaga.
Kedai kopi itu sendiri merupakan tempat pertemuan antara peguam terkemuka ketika Mahkamah Tinggi masih berada di bangunan Sultan Abdul Samad.
Dibina pada 1906, bangunan itu sendiri menggambarkan seni bina indah rumah kedai sebelum waktu perang di Malaysia.
Binaan fasadnya menampilkan gabungan ciri Belanda dan tempatan menerusi siling tinggi dan tingkap kayu berayun.
Membina rangka sejarah
Menurut Robert, seni bina rumah kedai sebelum perang yang dilihat di Malaysia boleh dikesan kembali ke China.
Apabila Sin Seng Nam menyediakan hidangan terakhirnya, terdapat kebimbangan mengenai pembangunan semula bangunan dan kawasan itu.
Seperti yang telah dialami kebanyakan bandar raya di dunia, kepesatan pembangunan menimbulkan risiko terhadap satu lagi sejarah yang menarik.
Namun, tanggapan bahawa semangat dibawa Sin Seng Nam bakal hilang buat selama-lamanya kini tidak lagi menjadi kerisauan.
Menerokai lokasi di Medan Pasar pada hari ini, anda akan melihat kedai kopi ikonik itu yang dihidupkan semula melalui kerja pemulihan yang intensif.
Projek dilaksanakan Brahmal Vasudevan, pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Creador, sebuah firma ekuiti persendirian telah memberi nafas baharu kepada rumah kedai yang pernah menjadi tempat kepada Sin Seng Nam.
Usaha menghidupkan semula bangunan itu juga telah memberi inspirasi kepada buku bakal diterbitkan yang bertujuan untuk menjelaskan asal-usul dan sejarah rumah kedai Malaya.
The Origin & Evolution Of The Malayan Shophouse yang ditulis dan diteliti oleh Profesor Robert Powell dengan gambar oleh Lin Ho berfungsi untuk membuka tirai terhadap seni bina ikonik ini.
Robert bersama Ho yang bekerjasama dalam penerbitan buku The Origin & Evolution Of The Malayan Shophouse.
"Buku itu bermula pada 2023. Saya bertemu Brahmal dan dia mencadangkan mahu membuat buku mengenai asal usul dan evolusi rumah kedai Malaya," ujar Robert.
Robert yang telah menulis beberapa buku mengenai seni bina dan reka bentuk Asia Tenggara melihat usaha menerbitkan naskhah itu sebagai satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Yayasan Creador merupakan sebuah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan berdaftar di Kuala Lumpur.
Menurut Brahmal, projek itu tercetus selepas perbualannya dengan mendiang arkitek Indra Ramanathan.
“Ia diilhamkan oleh minat bersama untuk menghasilkan buku mengenai rumah kedai Malaysia, yang membawa kepada pengenalan dengan Dr Tan Loke Mun, Robert dan Ho.”
Sebuah perjalanan ke masa lalu
Salah satu tugas utama Robert adalah untuk menentukan asal rumah kedai Malaya.
Beliau menyatakan bahawa akar binaan tersebut boleh dikesan kembali ke China.
"Ia berasal dari China - iaitu di kawasan Guangdong dan Fujian tempat kebanyakan orang Cina Malaya berhijrah," katanya.
Menyedari tugas besar mencari rumah kedai sedia ada di China, dia akhirnya meneroka ke Zhouzhuang, Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Lokasi tersebut menjadi tempat yang mana Robert menemui bukti diperlukan.
Buku kulit keras setebal 336 halaman itu menampilkan ilustrasi dan gambar berwarna-warni serta cerita diceritakan oleh pemilik beberapa bangunan dan struktur lama terbabit.
"Mereka memiliki bahagian depan yang sama iaitu sempit, penghuninya tinggal di atas lebih dekat kepada halaman tengahnya.
“Setiap pagi, pekedai akan keluar dan mengeluarkan papan untuk membuka kedai, yang merupakan pemandangan biasa bagi saya di Malaysia dan Singapura pada tahun 80-an,” kata Robert.
Dia kemudiannya turut menjelaskan tempoh ketika semua rumah kedai terbabit dibina.
"Saya membuat garis masa untuk Pulau Pinang, Singapura dan Kuala Lumpur, dan mendapati bahawa kebanyakan rumah kedai ini tertumpu dalam jangka masa 175 tahun antara 1894 hingga 1960. Semuanya dibina dalam tempoh itu semasa Pemerintahan Kolonial British," kata Robert.
Penyelidikannya kembali ke dalam sejarah juga mengupas lapisan mengenai laluan kaki lima yang berukuran sekitar 1.5 meter.
Ramai ahli sejarah dan akademik percaya bahawa inspirasi itu datang dari Batavia, Indonesia yang kini dikenali sebagai Jakarta.
Robert bagaimanapun berpendapat Sir Stamford Raffles mendapat idea itu daripada Covent Garden apabila beliau dipanggil semula ke London pada 1816.
“Dia tinggal di sana selama dua tahun dan dia tinggal berdekatan dengan Covent Garden ketika mereka membina laluan kaki lima dan saya rasa dia mendapat idea dari sana,” katanya.
Buku berkulit keras setebal 336 muka surat itu disiapkan dalam tempoh satu setengah tahun.
Ia dipenuhi ilustrasi oleh Robert dan gambar yang diambil daripada koleksi Ho.
Ia turut meliputi termasuk cerita berwarna-warni diceritakan pemilik beberapa bangunan dan struktur binaannya.
“Kami melawat bandar dan pekan seperti George Town, Taiping, Singapura dan Melaka, dan sering mengetuk pintu untuk bercakap dengan pemilik atau jiran mereka,” kata Ho.
Bagi jurugambar, peluang untuk melibatkan diri dengan pemilik, dan menangkap elemen seperti laluan pejalan kaki, tangga lingkaran, perigi bercahaya dan motif reka bentuk tradisional lain seperti jubin hiasan. — The Star/RICHARD AUGUSTIN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram