42 rakyat Malaysia di Syria termasuk pelajar selamat — Wisma Putra


  • Primer
  • Ahad, 08 Dis 2024

Kesemua 37 pelajar dan lima warganegara Malaysia yang berdaftar di Konsul Malaysia disahkan berada dalam keadaan selamat.

KEMENTERIAN Luar memantau dengan teliti keadaan di Syria dan implikasinya terhadap kestabilan Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, pihaknya sedang berkomunikasi secara langsung dengan rakyat Malaysia di Syria melalui Konsul Malaysia di negara terbabit.

Katanya, kesemua 37 pelajar dan lima warganegara Malaysia yang berdaftar di situ disahkan berada dalam keadaan selamat.

BACA LAGI: [VIDEO] Gempa bumi Syria: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan

BACA LAGI: Warga emas maut ditikam guna gunting, suspek dipercayai ada masalah mental

“Warganegara Malaysia di Syria dan negara jiran digalakkan mendaftar melalui E-Konsular di https://ekonsular.kin.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini dan sebarang bantuan.

"Kementerian akan terus memantau keadaan dan menyediakan maklumat terkini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Wisma Putra.

Kementerian Luar turut menasihatkan individu di Syria yang memerlukan bantuan untuk menghubungi konsulat di talian +963933245555 atau e-mel [email protected] , atau menghubungi Kedutaan Malaysia di Amman di +96265902400/+96265934343 atau e-mel mwamman@kln. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram