[VIDEO] Gempa bumi Syria: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan


  • Primer
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dengan kejadian gempa bumi di timur bandar Hama, Syria.

KEMENTERIAN Luar memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam kejadian gempa bumi di bumi Syria pada malam Isnin.

Menerusi kenyataan media Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang memantau rapi perkembangan kejadian itu.

Menurut Wisma Putra, gegaran tersebut memberikan kesan kepada Syria dan Lebanon dan turut dirasai sejauh Jordan dan Turkiye.

BACA LAGI: Mayat Cikgu Istiqomah masih di forensik Hospital Melaka, beberapa anggota badan belum ditemukan

BACA LAGI: Warga emas maut ditikam guna gunting, suspek dipercayai ada masalah mental

“Gegaran telah memberikan kesan kepada Syria dan Lubnan dan turut dirasai sejauh Jordan dan Turkiye.

“Pada masa kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas dengan gempa bumi ini.

"Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan memantau keadaan semasa,” jelas kenyataan itu.

Gempa bumi dengan kekuatan 4.8 magnitud yang berpusat di timur bandar Hama, Syria itu berlaku kira-kira pukul 11.56 malam waktu tempatan malam Isnin.

Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihat untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang berada di negara itu juga digalakkan mendaftar keberadaan mereka menerusi https://ekonsular.kln.gov.my.

Jika memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Beirut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram