[VIDEO] Rejim Bashar al-Assad dilapor tumbang, takbir raya bergema di Syria


  • Benua
  • Ahad, 08 Dis 2024

Takbir raya bergema di masjid-masjid sekitar Aleppo dan Damsyik di Syria.

KUMPULAN pemberontak Syria mendakwa bahawa mereka telah menamatkan pemerintahan selama 24 tahun di bawah Rejim Bashar al-Assad pada Ahad.

Perkara itu disampaikan dalam kenyataan rasmi pertama mereka yang disiarkan di stesen televisyen selepas melakukan serangan pantas yang mengejutkan dunia.

Menurut laporan Reuters, seorang pegawai tentera Syria yang diberitahu mengenai perkembangan itu berkata, arahan telah disampaikan kepada pegawai tentera bahawa rejim Assad kini telah berakhir.

Namun, tentera Syria kemudiannya memberi penegasan bahawa mereka masih meneruskan operasi ketenteraan terhadap kumpulan di kawasan seperti Hama, Homs dan Deraa.

BACA LAGI: Cabaran pemanduan 23 selekoh, kaki Go-Kart patut uji kemahiran di RUD Karting Gamuda Cove

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kejutan' ketika meronda, pengawal keselamatan di Kampar tergamam jumpa mayat guru dibakar bersama motosikal di kebun kelapa sawit

Laporan turut menyebut bahawa Assad, yang selama ini terkenal dengan tindakannya memusnahkan semua bentuk penentangan, telah meninggalkan Damaskus menuju destinasi yang tidak dapat dijejaki lagi.

Dalam pada itu, pemberontak mengisytiharkan bahawa mereka telah memasuki ibu negara tanpa sebarang tanda kehadiran tentera.

"Pembebasan ini adalah hari bersejarah untuk rakyat Syria, membebaskan tahanan dan mengakhiri penindasan di penjara Sednaya," kata pemberontak sambil merujuk kepada penjara milik kerajaan yang terletak di kawasan Damaskus yang menjadi tempat tahanan ribuan individu yang dituduh menentang rejim Assad.

Saksi melaporkan ribuan orang berkumpul di dataran utama Damaskus sambil melaungkan kata-kata seperti 'kebebasan' dan lauangan takbir raya sebagai simbol berakhirnya pemerintahan keluarga Assad yang sudah berkuasa selama hampir setengah abad.

Perkembangan itu dianggap sebagai satu perubahan besar di Timur Tengah, dengan jatuhnya rejim yang selama ini memerintah dengan tangan keras. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram