TNB buat persediaan penuh, tutup bekalan pencawang elektrik di kawasan terjejas demi keselamatan penduduk


  • Primer
  • Selasa, 03 Dis 2024

Pihak TNB bersama Fadillah Yusof ketika sesi taklimat berhubung persediaan menangani situasi banjir di beberapa negeri.

PIHAK Tenaga National Berhad (TNB) sentiasa memantau keadaan di kesemua kawasan terjejas banjir bagi membolehkan proses pemulihan bekalan elektrik dijalankan.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga National Berhad (TNB), Mahathir Nor Ismail berkata, terdapat pencawang elektrik di beberapa daerah di kawasan terjejas banjir seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu terpaksa dimatikan untuk keselamatan penduduk.

"Bagaimanapun, terdapat juga bekalan elektrik yang sudah dipulihkan.

"Pihak kami juga membuat persediaan penuh dengan aset-aset yang digunakan untuk menangani situasi banjir sekarang," katanya kepada pemberita ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ke bilik gerakan atau 'war room' banjir di Wisma TNB, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

6231279918046625772

Fadillah ketika lawatan ke bilik gerakan bagi mendapatkan informasi terkini berkenaan operasi persediaan menangani banjir di seluruh negeri.

Beliau berkata, semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sentiada diberi belakan elektrik menerusi medium pengurusan rangkaian seperti genset mudah alih dan teknologi Flood Analysis and Risk Assessment (FARA) untuk membuat ramalan risiko.

Dalam perkembangan lain, Mahathir Nor berkata, jumlah PPS di Kelantan kini mengalami penurunan daripada kira-kira 285 kepada 137.

"Rata-rata PPS ini masih di kawasan Pasir Mas, Kelantan," katanya.

TNB pada masa sama turut mengambil langkah proaktif bagi memastikan gerak kerja pengoperasian sewaktu bencana terkawal melalui penyediaan logistik dan gerak kerja pasukan bantuan yang tersusun.

Setakat ini, seramai 1,977 anggota kerja TNB terlibat dengan operasi memantau dan bersedia menangani banjir di seluruh negara.

Tambahnya, pihak TNB juga akan terus memastikan segala informasi penting berkenaan cuaca semasa dapat disampaikan menerusi semua jenis platform komunikasi dan media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram