SALJI turun di Kuala Lumpur! Avenue K kembali dengan Acara AK Snow untuk memeriahkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kepingan salji ‘tiruan’.
Menariknya, anda boleh menikmati pemandangan itu sehingga perayaan Krismas dengan sesi selama 15 minit pada pukul 7.45 malam setiap Khamis, serta pada pukul 7.45 malam dan 8.30 malam dari Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum.
Bukan itu sahaja, kurang dari 1 kilometer atau satu hentian LRT dari KLCC, tahukah anda bahawa terdapat tempat yang strategik untuk bermain papan luncur iaitu di Urban Skate Park, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
BACA LAGI: Menantu contoh bergadai nyawa harungi banjir 100 meter di Paka demi bapa mentua lumpuh
Salji tiruan dengan latar belakang KLCC sebagai persediaan menyambut perayaan Krismas yang akan datang. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star
Rel, ramp, dan quarter pipe menawarkan keseronokan yang besar untuk aktiviti beroda dua, empat atau inline. Namun, penting untuk berhati-hati kerana permukaan konkrit tidak memberikan pendaratan yang lembut, yang boleh meningkatkan risiko kecederaan sekiranya terjatuh.
Pusat bersejarah Kuala Lumpur menawarkan pengalaman yang menarik dengan hanya tiga hentian LRT yang membolehkan pengunjung meneroka tempat-tempat ikonik seperti Masjid Jamek, Chinatown dan Pasar Seni.
Pasar Seni yang dihiasi dengan seni Art Deco telah dinaik taraf tetap memelihara warisan seni dan kraf tempatan sambil menyediakan pelbagai pilihan tempat makan untuk pengunjung.
Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai pilihan ruang hijau bagi mereka yang ingin bersantai di bandar seperti Taman KLCC, Taman Eco Hutan KL, Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Bandar TRX yang mudah diakses melalui LRT atau MRT.
Orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas dengan bermain sukan di Urban Skate Plaza, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star
Selain itu, Perdana Botanical Gardens juga menyediakan pemandangan menarik dengan kemudahan seperti Taman Tugu, taman burung, taman rama-rama, dan planetarium.
Kawasan sekitarnya turut menawarkan tarikan bersejarah seperti Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadikan kawasan itu ideal untuk mereka yang ingin menikmati keindahan alam dan warisan sejarah Kuala Lumpur.
Menariknya lagi, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan menarik yang boleh diakses dengan mudah melalui perkhidmatan bas KL Hop-on Hop-off yang merangkumi destinasi seperti Pusat Sains Negara, Istana Negara dan Little India.
Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati tarikan luar bandar seperti Zoo Negara dan Batu Caves serta merasai pengalaman udara sejuk di Genting Highlands yang terletak lebih jauh dari bandar. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram