IBU kepada dua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu pada Jumaat tidak menyangka bahawa ia merupakan kali terakhir dapat melihat wajah anak-anaknya.
Kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik berusia 10 hingga 20 tahun yang ketika itu berada di dalam rumah.
Ketika kejadian, ibu dua mangsa dikatakan keluar untuk membeli barang keperluan.
BACA LAGI: Dua beradik maut, tanah runtuh hempap rumah didiami 5 sefamili di Hulu Terengganu
BACA LAGI: Rumah naik air, pengantin baharu di Kedah turun agih makanan kenduri pada mangsa banjir
Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok @izatulfariesha, jelas terlihat raut wajah sedih dan sayu ibu serta ahli keluarga mangsa ketika melihat kedua-dua mangsa tertimbus dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dalam video sama, dia juga terpaksa dipapah oleh beberapa orang awam kerana tidak bermaya untuk menapak selepas melihat dua jasad anaknya yang tertimbus.
Sebelum ini, seorang saksi, Danial Arabi, 36, yang berada di lokasi kejadian memaklumkan bahawa terdengar tangisan daripada timbunan tanah tetapi tidak dapat melakukan sebarang pertolongan.
Katanya, dia tidak tahu keberadaan mangsa meskipun kedengaran suara-suara tangisan mereka ketika kejadian.
Kejadian itu pada masa sama turut memusnahkan tiga buah rumah di kawasan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram