PENDUDUK Kampung Tembila dekat Besut, Terengganu digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta di kawasan tersebut pada Selasa.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut (BBP), Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.15 petang Selasa sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
"Bomba terima panggilan menyatakan bahawa terdapat mangsa terperangkap dalam kenderaan, tetapi apabila pihak bomba tiba di lokasi kita dapati terdapat seorang lelaki dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
BACA LAGI: [VIDEO] Kami reda kehilangan Naura, arwah adalah satu-satunya anak tunggal kakak saya — Ayah saudara
"Berdasarkan pemeriksaan awal mendapati keadaan mangsa telah mengalami fasa-fasa pereputan (livor mortis).
"Berikutan itu bomba telah bertindak membuka pintu kenderaan tersebut setelah mendapat kebenaran daripada pihak polis," katanya memetik laporan The Star.
Tambah beliau lagi, mayat mangsa yang dipercayai berusia 30-an telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan identiti mangsa belum dikenal pasti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram