SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menyelesaikan siasatan terhadap syarikat platform e-dagang negara, FashionValet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk pertimbangan lanjut.
BACA LAGI: Tiga ahli sindiket curi kereta bernilai RM4juta maut, berbalas tembakan dengan polis Pulau Pinang
BACA LAGI: Polis buru 2 suspek pecah tabung, curi duit madrasah di Ampang
“Keputusan siasatan ini akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar sebelum ini tampil memberikan keterangan kepada SPRM.
Pasangan suami isteri pengasas FashionValet, Vivy (kiri) dan Fadzaruddin sebelum ini tampil memberikan keterangan kepada SPRM.
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd dilapor kehilangan sejumlah RM43.9 juta daripada dana pelaburan mereka ke dalam syarikat terbabit.
Susulan siasatan yang dilancarkan, SPRM juga telah membekukan beberapa akaun bank peribadi dan syarikat milik pasangan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram