DUA lelaki bertopeng dipercayai memecah masuk sebuah surau Ampang, Selangor sebelum melarikan wang daripada tabung derma surau tersebut.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (13 November), Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata, pengadu telah memeriksa rakaman kamera litar tertutp (CCTV) dari surau di Kampung Baru Ampang dan mendapati dua lelaki yang tidak dikenali bertopeng memasuki bangunan berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Angkara tumbuk muka pengadil, bekas presiden kelab Turkiye kena penjara lebih 3 tahun
BACA LAGI: Perselisihan faham disyaki motif anak bunuh ibu, simpan mayat dalam peti sejuk — Ketua Polis KL
Menerusi rakaman CCTV tersebut, kejadian berlaku pada 10 November.
“Pengadu percaya bahawa suspek telah memanjat dinding surau untuk masuk ke dalam. Usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram