INDIVIDU ketiga terkaya di Malaysia, Tan Sri T Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Khamis.
Berita duka tersebut dimaklumkan oleh syarikat pegangan pelaburan Malaysia, Usaha Tegas Sdn Bhd dalam satu kenyataan.
"Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd), Ananda Krishnan Tatparanandam.
"Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024," katanya pada Khamis.
Tambah kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
Untuk rekod, Ananda merupakan pengasas syarikat pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran dan media, Astro Malaysia Holdings Bhd.
Sementara itu, pada Aril, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia, selepas hartawan hotel dan hartanah Robert Kuok serta Quek Leng Chan dari Hong Leong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram