
KADAR parkir di Pulau Pinang akan meningkat sebanyak 33 peratus di lokasi tertentu bagi pengguna Penang Smart Parking (PSP) bermula Mac 2025.
Di bawah kadar yang disemak semula, bayaran parkir akan meningkat daripada RM0.40 kepada RM0.60 untuk 30 minit, RM0.80 kepada RM1.20 untuk sejam dan RM6 kepada RM9 untuk sehari penuh.
Keputusan tersebut diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada Selasa.
BACA LAGI: Rakyat Malaysia masuk secara haram dari Sungai Golok ditahan mulai Disember — Polis
BACA LAGI: Diganggu mangsa punca warga asing korek mata lelaki ketika bergaduh — Polis
Datuk Bandar A Rajendran berkata, pelarasan bayaran tersebut diperlukan untuk menampung kos penyelenggaraan sensor parkir dan melaksanakan penambahbaikan bagi memperbaiki sistem PSP.
"Peningkatan ini bukan untuk menjana keuntungan.
"Matlamat utama kami adalah memastikan sistem parkir beroperasi dengan cekap dan terus memberi manfaat kepada semua pengguna.
"Ia juga membantu mengawal tempoh parkir untuk memastikan akses yang adil kepada semua pihak," katanya ketika mesyuarat di Dewan Bandaraya, Esplanade, Pulau Pinang.
Rajendran turut menambah bahawa semakan kadar parkir terakhir dilakukan pada 1990-an.
"Pelarasan ini penting untuk kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang awam," jelasnya.
Bagaimanapun pengguna PSP akan menikmati kadar tahunan parkir lebih rendah, menurun daripada RM1,800 kepada RM1,200 antara Mac hingga Disember 2025, manakala caj bulanan kekal pada RM150. — The Star/LO TERN CHERN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram