SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat parkir kompleks beli-belah, baru-baru ini.
Kejadian tular di Facebook itu dirakam oleh salah seorang pengunjung pusat beli-belah berkenaan yang berada di tempat kejadian dengan dia tidak berkongsi lokasi sebenar kes tersebut.
Berdasarkan video berdurasi kurang seminit itu memaparkan mangsa dilihat terduduk kaku di tempat duduk pemandu dengan kepalanya tunduk dan tidak bergerak selepas dipanggil beberapa kali oleh pengunjung tersebut.
BACA LAGI: Rakyat Malaysia masuk secara haram dari Sungai Golok ditahan mulai Disember — Polis
BACA LAGI: Diganggu mangsa punca warga asing korek mata lelaki ketika bergaduh — Polis
Bagaimanapun, berdasarkan penelitian Majoriti, pengunjung tersebut seolah-olah kenalan mangsa apabila video tersebut menyaksikan lelaki berkenaan memanggil mangsa dengan nama sapaan.
"Minta maaf kawan-kawan. Aku tolong matikan enjin dia. Sudah tidak sedar ini tapi badan sudah keras ini. Abang Aznan (mangsa). Bang, Allahuakbar. Tolong tolong, ada di parkir mall ini," katanya dengan nada panik.
Lelaki itu yang juga saksi kejadian, tidak memberi hantaran susulan berkenaan kejadian terbabit sehingga pelbagai spekulasi lain dibuat oleh warganet di ruangan komen.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna media sosial yang juga seperti kenalan mangsa memberitahu bahawa kejadian berkenaan berlaku pada dua minggu lalu.
Tangkap layar hantaran dari Muhamad Hanifi Muhamad Bazil.
"Assalamualaikum saudara..sahabat itu sudah dua minggu meninggal. Sudah boleh padam hantaran ini," kata pengguna akaun Facebook, Nazri Bahtera.
"Mungkin saudara ini ada sakit jantung dia dah tak mampu bertahan sebab itu dia rehat kejap," dakwaan salah seorang warganet, Azmi Ahmad.
"Sudah satu bulan rasanya kes ini..semoga arwah tenang di sana," komen pengguna Facebook, Hadi Sufi Runner.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram