POLIS menahan seorang warga asing yang didakwa mengorek keluar bebola mata seorang lelaki dalam satu pergaduhan di Jalan Ara Kuda, Pulau Pinang pada Sabtu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan susulan pergaduhan pada kira-kira pukul 2 petang.
"Berdasarkan siasatan awal lelaki berumur 52 tahun itu dikatakan telah mengganggu suspek , sebelum lelaki warga asing berkenaan bertindak menyerang dan mencederakan kedua-dua belah matanya," katanya pada Ahad.
BACA LAGI : [VIDEO] Wanita Peru histeria lihat rakan hilang nyawa dihempap mesin pemampat
BACA LAGI : [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia
Tambah beliau lagi, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut dan keadaannya kritikal.
"Suspek yang ditahan di lokasi kejadian, kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek direman bermula Ahad hingga Rabu bagi siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, suspek berusia 30-an berjaya ditahan Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Tasek Gelugor sejurus kejadian berkenaan.
"Polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung insiden berkenaan dan membuat tangkapan ke atas suspek.
“Suspek dibenarkan direman selama empat hari bermula hari ini (Ahad) untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Jelas beliau lagi, keterangan mangsa tidak dapat dirakam kerana sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang (HPP).— The Star/ IMRAN HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram