PLATFORM e-dagang terkemuka berasaskan kandungan, TikTok Shop mengumumkan suntikan baucar bernilai RM11 juta bagi menyemarakkan acara Jualan Mega 11.11 yang akan berlangsung dari 7 hingga 11 November 2024.
Usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) tempatan serta ekonomi digital Malaysia dijangka memperoleh manfaat besar daripada jualan dalam talian terbesar tahun ini melalui pelbagai tawaran eksklusif oleh TikTok Shop.
Ini termasuk pemberian kereta sebagai hadiah eksklusif semasa siaran langsung serta baucar penghantaran percuma sempena jualan 11.11 yang boleh digabungkan bersama baucar diskaun lain.
Komitmen TikTok Shop kepada PMKS Tempatan
Ketua Komunikasi Pemasaran, TikTok Shop Malaysia, Nur Aisya Rosly berkata, suntikan baucar RM11 juta sempena Jualan Mega 11.11 ini menekankan komitmen TikTok Shop dalam memperkasakan usahawan tempatan yang kini mewakili lebih 90 peratus daripada keseluruhan penjual di platform.
“Dengan menawarkan tawaran eksklusif kepada pelanggan dan hiburan yang menarik, kami memberi peluang kepada perniagaan PMKS untuk berkembang.
"Baucar penghantaran percuma yang boleh digabungkan ini bertujuan untuk membantu pelanggan Malaysia memaksimumkan penjimatan, manakala acara 11.11 Mega LIVE Showdown membuka potensi unik perdagangan sosial dalam menyokong ekonomi digital,” ujarnya.
Sebagai sebahagian daripada usaha TikTok Shop untuk menyokong usahawan tempatan, segmen khas #JomLokal Hour akan dipertontonkan semasa 11.11 Mega LIVE Showdown bagi memberi tumpuan kepada PMKS tempatan.
Jenama-jenama Malaysia seperti Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder, dan Empat Beranak bakal mendapat pendedahan nasional dan peluang untuk membina komuniti dalam talian di samping pembeli berpeluang menyokong perniagaan tempatan ini sambil menikmati tawaran eksklusif semasa siaran langsung.
TikTok Shop LIVE Showdown – Kemuncak 'Shoppertainment' 11.11 (Maksimumkan penjimatan dengan baucar penghantaran percuma dan diskaun eksklusif)
Pada Ahad ini, dari pukul 7 malam hingga 11 malam, rakyat Malaysia bakal menikmati kemuncak 'shoppertainment' Jualan Mega 11.11 melalui siaran langsung selama 4 jam menerusi @tiktokshop_my di aplikasi TikTok.
Penonton berpeluang berinteraksi dengan pencipta kandungan kegemaran mereka seperti @khairulaming, @yang, @neelofa, @sallywhoo, @dearcarynn dan @tulippetals selain bakal disajikan dengan persembahan artis-artis tempatan terkenal seperti Ziana Zain, Aina Abdul, Ismail Izzani serta Aisha Retno.
Para pembeli bijak dinasihatkan untuk menyaksikan siaran langsung sepanjang acara bagi merebut baucar dengan diskaun sehingga 90 peritus, tawaran 'Beli 1, Percuma 1' daripada jenama besar seperti Vivo, Goodnite, Laneige, Ogawa, Lancome dan Offspring.
Penonton juga berpeluang menebus ganjaran eksklusif seperti kereta Myvi, Honda Wave, Honda ADV 160, telefon VIVO V40, syiling emas GB, dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang kerana sempena Jualan Mega 11.11, rakyat Malaysia boleh memaksimumkan penjimatan dengan baucar penghantaran percuma yang boleh digabungkan dengan semua baucar diskaun platform dan penjual di TikTok Shop.
Baucar boleh digunakan untuk pembelian dari mana-mana penjual di seluruh platform dan pelanggan hanya perlu klik ikon 'Free Shipping' di TikTok Shop untuk mengumpul baucar yang dikeluarkan setiap hari sepanjang jualan 11.11.
Melalui tawaran inovatif ini, pembeli boleh menggandakan penjimatan sehingga tiga kali ganda dengan penggunaan baucar terutamanya semasa pembelian produk 'Hot Prices' pada 11.11 yang menawarkan diskaun sehingga 80% daripada jenama terkemuka seperti Sony, Farm Fresh, Skintific, GB Gold, dan banyak lagi.
Selain itu, mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM30 dalam satu transaksi melalui Maybank2u Online Banking atau kad MAE akan menerima rebat RM10 dan berpeluang memenangi hadiah utama sehingga RM1,000,000.
Sepanjang kempen Jualan Mega 11.11, TikTok Shop menawarkan harga terendah setiap hari untuk produk-produk utama dalam pelbagai kategori termasuk elektronik, gaya hidup, fesyen, penjagaan diri, barangan runcit, keperluan haiwan peliharaan, serta ibu dan bayi.
Untuk maklumat lanjut dan tawaran eksklusif, sila kunjungi TikTok Shop di https://snssdk1180.onelink.me/BAuo/7op54py4. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram