Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman ambil alih kes Faisal Halim


  • Massa
  • Isnin, 25 Nov 2024

Kes siasatan melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim telah diambil alih pasukan khas Unit JSJ Bukit Aman. — Facebook/The Reds Giants

KES siasatan melibatkan pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim telah diambil alih pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Speaker DUN Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin pada sesi persidangan pada Isnin.

Mohd Kamri berkata, polis Selangor memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini yang siasatannya kini diambil alih pasukan khas daripada Unit JSJ Bukit Aman.

BACA LAGI : Bek tengah dicanang ikut langkah Nafuzi tinggalkan Kedah, ura-ura kembali ke skuad Sang Badak

BACA LAGI : DSAT serah LOD, minta MB Sanusi ganti rugi RM1 bilion

"Langkah itu berikutan bahagian terbabit mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

"Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, Pejabat Dewan Negeri Selangor menerima maklum balas mengenai Usul 17(1) Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor oleh Yang Berhormat Seri Serdang (Abbas Salimmi Che Adzmi @ Azmi) daripada Ketua Polis Selangor.

Faisal mengalami kecederaan selepas disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada Ahad.

Faisal mengalami kecederaan selepas disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada Mei lalu. — Facebook/Orang Awam

"Pihak PDRM mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini yang mana siasatan kes telah diambil alih oleh pasukan khas dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, yang mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terbabit dalam kejadian ini," katanya pada Insin.

Pada Jumaat lalu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi memaklumkan kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain The Red Giants itu.

Menurut Mohd Najwan, pihaknya masih menunggu maklumat berkenaan untuk didedahkan susulan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak, diluluskan sebulat suara pada persidangan lepas.

Untuk rekod, penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor pada 5 Mei lepas sehingga menyebabkan Faisal Halim mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram