Papan tanda: DBKL benarkan guna bahasa lain, cuma perlu utamakan Bahasa Melayu


  • Primer
  • Isnin, 25 Nov 2024

Kompuan dan tindakan menurunkan papan tanda sudah dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan menegaskan tindakan diambil terhadap kesemua oraganisasi perniagaan sekitar KL adalah untuk memastikan pematuhan peraturan ditetapkan.

Ini kerana mereka merujuk kepada Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 di bawah Aktar Kerajaan Tempatan 1976 yang menegaskan kesemua papan tanda pernaigaan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.

"Walaupun bahasa lain dibenarkan, perkataan dalam bahasa ibunda perlu diberikan keutamaan dan saiz penulisannya perlu lebih besar berbanding bahasa lain.

BACA LAGI: Papan tanda macam hiasan, ramai pemandu lori degil guna jalan Tasek Utara tinggalkan sisa konkrit

BACA LAGI: [VIDEO] Puncak Alam dilanda badai ribut, beberapa kenderaan rosak dihempap papan tanda pasar raya

download (2)

DBKL menjalankan tanggungjawab mereka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

"Bagaimanapun, sekiranya nama firma, persatuan atau syarikat didaftarkan dengan mengandungi perkataan yang tidak terkandung dalam bahasa ibunda di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965 atau Akta Pertubuhan 1966, ia perlu diterjemahkan kepada bahasa kebangsaan," katanya lagi.

Sepanjang tahun ini, DBKL sudah menjalinkan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menjalankan operasi penguatkuasaan di enam pusat membeli belah dengan sebanyak 31 notis sudah dikeluarkan.

"Premis yang memiliki lesen perniagaan, tetapi tidak mempunyai permit untuk memiliki papan tanda perniagaan sudah dikompaun. DBKL juga sudah menarik semula papan tanda itu.

"Tindakan juga diambil terhadap premis yang mempunyai lesen perniagaan dan permit papan tanda, namun melanggar peraturan bahawa tulisan dalam bahasa kebangsaan perlu ditulis lebih besar," katanya.

DBKL berkata, penguatkuasaan itu sejajar dengan peranan mereka untuk memartabatkan Bahawa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi dalam Malaysia. — The Star/LEW GUAN XI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram