KAD pengenalan generasi baharu atau MyKad yang sedang dinaik taraf kini berada dalam fasa terakhir pembangunannya dan akan menggantikan versi digunakan sejak 2012, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
“Reka bentuknya akan lebih moden dengan ukiran laser dan hologram yang lebih maju sejajar dengan perkembangan keselamatan terkini.
“Ia diperbuat daripada bahan polikarbonat yang telah diuji ketahanan dan mempunyai cip keselamatan dengan kapasiti deposit lebih besar untuk keselamatan dan perlindungan yang dipertingkatkan,” katanya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Katanya, langkah tersebut akan membendung penipuan identiti, penyalahgunaan kad pengenalan dan kebocoran maklumat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Manndzri Nasib (BN-Tenggara) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam pada itu, Shamsul berkata, sejak 2022 hingga 31 Oktober tahun ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menahan 519 orang bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
"Daripada jumlah, 190 sudah didakwa, 130 daripadanya didapati menggunakan MyKad palsu, manakala 60 lagi mempunyai MyKad orang lain," katanya. — The Star/HO JIA WEN/ARFA YUNUS/TEH ATHIRA YUSOF
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram