Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk lesen fizikal bermula tahun depan — Anthony Loke


  • Primer
  • Rabu, 20 Nov 2024

Anthony Loke bagaimanapun tidak menjelaskan secara dengan terperinci mengenai kadar bayaran pencetakan akan dikenakan kepada pengguna. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pengangkutan berkemungkinan bakal mengumumkan insiatif baharu yang meliputi pengenalan pembayaran bagi kos pecetakan lesen fizikal.

Berdasarkan laporan Malaysiakini, Anthony Loke bagaimanapun tidak menjelaskan secara dengan terperinci mengenai kadar bayaran pencetakan akan dikenakan kepada pengguna.

"Awal tahun depan, kita akan umumkan satu insiatif kepada mana-mana pihak ataupun orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal, mungkin mereka kena bayar untuk pencetakan tersebut dari segi kad fizikal itu,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sempat call ibu', wanita maut kena hempap kontena di Bukit Mertajam sempat buat panggilan terakhir ketika bertarung nyawa tersepit

BACA LAGI: [VIDEO] Diseret 20 meter, wanita sempat tolak anak sebelum maut digilis kereta api di Sabah

Sementara itu, Anthony Loke dilapor turut berkongsikan mengenai penambahbaikan akan dilaksanakan kepada aplikasi mudah alih MyJPJ termasuk ciri notifikasi mengingatkan pengguna memperbaharui cukai jalan masing-masing.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementeriannya untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah inisiatif yang dilancarkan sejak 10 Februari 2023.

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sesi menjawab Perbahasan Belanjawan 2025 sempena Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Tiga Penggal Ke Tiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini.-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Kementerian dan JPJ kekal komited untuk menambah baik aplikasi MyJPJ secara berterusan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai.

“Ciri ini akan diumumkan setelah ia dibangunkan sepenuhnya dan sedia untuk digunakan,” katanya

Beliau berkata, sejak 1 Februari tahun ini, pengguna boleh memperbaharui cukai jalan atau lesen kenderaan bermotor (LKM) dan lesen memandu (LMM) secara terus menerusi aplikasi terbabit

Selain itu, beliau berkata, fungsi "Kongsi LKM" diperkenalkan untuk menangani aduan mengenai penggunaan kenderaan milik orang lain, membolehkan pemilik berkongsi cukai jalan mereka secara digital.

“JPJ merancang untuk melaksanakan penambahbaikan aplikasi secara berperingkat, diutamakan berdasarkan keperluan dan kos,” tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram