
MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan semula peperiksaan UPSR mahupun PT3 meskipun terdapat desakan untuk berbuat demikian.
Menurutnya, permintaan ramai pihak untuk mengembalikan sistem peperiksaan yang sudah dimansuhkan itu tidak lagi relevan.
"Hanya kerana UPSR dan PT3 sudah dimansuhkan tidak bermakna tiada lagi ujian buat murid dan pelajar," katanya ketika sesi penggulungan ucapan berkaitan RUU Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat pada Isnin.
BACA LAGI: Langkah KPM bendung mpox dibuat berdasarkan nasihat KKM — Fadhlina Sidek
BACA LAGI: Kerajaan bakal perkenal Kolej Tingkatan 6 Premium tahun depan — Fadhlina
Fadhlina menegaskan pihaknya memiliki perancangan berbeza untuk menilai keupayaan murid dan pelajar.
Sebaliknya, Fadhlina berkata, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dikuatkuasakan.
Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen seperti Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy (Warisan-Kota Belud) dan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mahu peperiksaan buat murid Darjah Enam dan pelajar Tingkatan Tiga itu diperkenalkan semula.
Namun, golongan pendidik dan ibu bapa turut berkata, pengenalan semula peperiksaan utama seperti UPSR dan PT3 hanya perlu dipertimbangkan jika penilaian itu dari segi kualiti.
Mereka tidak mahu penyelesaian jangka masa pendek dan kebergantungan terhadap penilaian sedemikian yang tidak dapat mengukur kebolehan sebenar pengetahuan dan sikap daya saing.
UASA yang diperkenalkan pada 2022 merupakan sistem peperiksaan yang diberikan kepada murid dan pelajar pada hujung tahun untuk menilai kemahiran berdasarkan kelas dan persekolahan masing-masing. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram